Buku Media JPA 2020
Bantuan Khas Covid-19 Penghargaan atas usaha bendung Covid-19 Bantuan khas untuk penjawat awam OLEH AFEEQA AFEERA SHAHALAM – Kerajaan Negeri mengumumkan ban- tuan khas kewangan RM1,000 sekali bayar kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah yang akan di- salur mulai 9 Jun ini. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ber- kata bantuan tanda terima kasih turut meliputi pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan anak syarikat Kerajaan Negeri. “Kerajaan Negeri inginmengucapkan terima kasih kepada penjawat awam, datuk bandar, yang diper- tua majlis, pegawai daerah dan mereka yang men- gendalikan pusat kuarantin serta terlibat aktif dalam pengekangan wabak Covid-19. “Bantuan ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM18.5 juta. Bagaimanapun, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yakni EXCO dan Ahli De- wan Negeri tidak termasuk dalam bantuan ini,” kata- nya dalam sidang media pada 15 Mei lalu. Turut mendapat manfaat, ahli-ahli Majlis Pengu- rusan Komuniti Kampung di 371 kampung tradisi melalui pemberian RM300 kepada setiausaha dan AJK Biro. Untuk masjid seluruh negeri, Amirudin berkata se- orang nazir, dua imam, dua bilal dan dua siak meneri- ma RM400 setiap seorang. Bagi surau pula, katanya, pengerusi, dua imam, seorang bilal dan seorang siak menerima RM300 se- orang. “Jumlah keseluruhan bantuan kewangan buat masjid dan surau adalah sebanyak RM4.171 juta yang akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri,”katanya. Dato' Seri Amirudin Shari melancarkan penubuhan badan penyelaras Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordi- nation Office (S-DAICO) bagi memperkasa Pelan Tindakan Hala Tuju Khusus Aeroangkasa Selangor di Shah Alam pada 18 Mei lalu. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya (kiri), EXCO Pelaburan, Dato' Teng Chang Khim (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Dato' Hasan Azhari Idris (kanan). Foto oleh FIKRI YUSOF Selangor Kini 3 Jun 2020 Bantuan khas untuk penjawat awam 71
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy