Buku Media JPA 2020
KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM Penjawat awam diibaratkan sebagai penggerak utama yang memainkan peranan penting dalam memacu ke arah negara mampan. Tambahan pula, segala dasar yang dirangka oleh kerajaan perlu dilaksanakan dengan sempurna oleh penjawat awam sejajar dengan gelarannya sebagai salah satu pihak yang penting kepada pembangunan negara. Oleh itu, terdapat pelbagai insentif dan kemudahan telah diberikan oleh pihak kerajaan bagi menjamin dan mengutamakan kebajikan penjawat awam yang berperanan sebagai kunci utama negara. Antara insentif dan kemudahan tersebut ialah Bantuan Khas Aidilfitri, Elaun Khas Frontliners dan lain-lain. 68
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy