Buku Media JPA 2020
- Bernama Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner. Page 1 of 3 The Star, Malaysia PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengurangkan risiko penularan COVID-19 membuka lembaran baharu kepada penjawat awam negara. Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa hingga 31 Mac ini antaranya mengarahkan premis kerajaan ditutup operasinya dengan membenarkan kakitangan kerajaan bertugas dari rumah Pekeliling dan panduan tambahan dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) agar semua penjawat awam terus memberikan perkhidmatan terbaik, walaupun menjalankan urusan dari rumah. Ia satu komitmen amat tinggi digarapkan perkhidmatan. Bukan itu sahaja, seperti dimaklumkan beberapa perkhidmatan kritikal seperti pasukan keselamatan dan bantuan kecemasan, terutama di bawah Kementerian Kesihatan dikehendaki terus bertugas dan menyambung bakti sejak tiga bulan lalu, bagi menangani krisis negara berkaitan COVID-19. Hakikatnya, dalam keadaan negara yang tidak pasti dari segi pasaran ekonomi dan penurunan beberapa sektor penting akibat COVID-19, penjawat awam terus memainkan peranan penting dalam menyampaikan serta melaksanakan pakej rangsangan serta perlindungan keselamatan dan pencegahan kesihatan. Ketika inilah dapat dilihat nilai komitmen tinggi dizahirkan penjawat awam pelbagai peringkat jawatan dan perkhidmatan sehingga mempertaruhkan nyawa dengan risiko yang diketahuinya. Matlamatnya hanya satu, iaitu demi memastikan krisis negara dapat dibendung dengan efektif dan berkesan, terutama membabitkan penjawat awam dalam sektor kesihatan. Jika dilihat, kakitangan kesihatan, bomba, polis dan agensi bantuan lain dalam apa jua keadaan sehingga virus berstatus pandemik dan kini memasuki tahap pembendungan akhir, terus menerus bertungkus-lumus membendung penularan jangkitan daripada menjadi lebih serius di Malaysia. Situasi ini harus diberi perhatian semua rakyat dengan tidak memperlekeh tugasan pasukan hadapan ini, sebaliknya terus memberi sokongan dan bertindak atas nasihat dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan. Dalam apa keadaan sekalipun, semua lapisan kakitangan universiti awam (UA) di Malaysia khususnya dan anggota perkhidmatan awam yang lain akan melaksanakan tugas hakiki dengan penuh integriti dan proaktif sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Malah, ada juga institusi dan agensi yang mengaktifkan bilik gerakan bencana masing- masing sejak sebulan lalu dalam mengatur perancangan dan tindakan proaktif bagi memastikan institusi perkhidmatan awam ini terus berfungsi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Saya sarankan rakyat Malaysia bersama- sama membendung penularan virus ini dan hentikan maklumat tidak tepat, sebaliknya lebih bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan diri, keluarga dan kenalan terdekat dipertingkatkan setiap masa seperti mana saranan pihak berwajib. Penulis adalah Presiden Majlis Persatuan PENTADBIR Universiti Awam Malaysia Hargai Peranan Frontliners Krisis tuntut penjawat awam komited galas tugas Mac 20, 2020 Mac 23, 2020 The Star 62
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy