Buku Media JPA 2020

PUTRAJAYA - Perkhidmatan kerajaan di bawah kerajaan Persekutuan seluruh negara beroperasi sepenuhnya dengan keberadaan penjawat awam sebanyak 70 peratus. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan berkuat kuasa serta-merta itu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada perniagaan dan rakyat tidak terjejas seterusnya menyokong pertumbuhan semula ekonomi negara. “Dalam pada itu, penggunaan aplikasi dalam talian perlu terus digalakkan bagi meminimumkan kehadiran pelanggan ke kaunter selari dengan amalan jarak sosial,” katanyadalamkenyataanhari ini. Bagaimanapun menurutnya, sistem penggiliran dan bekerja dari rumah masih diteruskan sebagaimana Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S) 256/6/31JLD.6(6) bertarikh 2 Mei lalu. “Ketua jabatan perlu memastikan semua SOP (prosedur operasi standard) keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan jarak sosial, memakai pelitup separuh muka dan menyediakan cecair pensanitasi tangan,” katanya. Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan perkhidmatan kerajaan di bawah kerajaan Persekutuan seluruh negara beroperasi sepenuhnya. 70 peratus penjawat awam mulai bekerja PKPP : Kehadiran penjawat awam ditingkatkan - KPPA 13 Mei 2020 Jun 10, 2020 KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa, hari ini, akan menyaksikan kehadiran penjawat awam ditingkatkan selari pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial, termasuk sekolah. Katanya, ketika ini, perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan pulih dengan kehadiran ke pejabat melebihi 70 peratus. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan pada tahap 100 peratus, beliau berkata, semua pengarah bahagian sektor perkhidmatan awam hendaklah mengimbangi antara keperluan kehadiran pekerja masing-masing di pejabat dengan kemudahan bekerja dari rumah. “Pertimbangan fleksi bekerja dari rumah harus diberi kepada mereka yang masih menghadapi isu penjagaan anak di rumah sementara menantikan sekolah dibuka semula,” katanya dalam perutusan kepada penjawat awam, semalam. Dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19, beliau menggesa semua kakitangan memberi keutamaan memastikan keselamatan serta kesihatan diri, keluarga dan rakan sepejabat. “Jika kita mendatangkan risiko jangkitanataupenularan, adalahwajar kita bertindak segera sebagaimana arahan pihak berkuasa. “Pada peringkat jabatan, segala usaha akan diganda bagi memastikan persekitaran kerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. Mohd Khairul Adib berkata, pengarah bahagian juga diminta supaya memantau dan memastikan persekitaran kondusif serta selamat bagi memberi keyakinan penjawat awam kembali bertugas di pejabat. Beliau berkata, kesegeraan dalam tindakan proaktif adalah kemestian bagi membantu membangunkan semula sektor ekonomi negara. Katanya, perkhidmatan, sumbangan dan disiplin sebagai penjawat awam amat dituntut, terutama dalam situasi negara sedang melalui krisis kesihatan dan ekonomi paling mencabar ketika ini. – BERNAMA - 61

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy