Buku Media JPA 2020
PKPB: Kehadiran penjawat awam ke pejabat ikut keperluan Mei 5, 2020 KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman menegaskan, purata peratusan kehadiran penjawat awam ke pejabat pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam adalah antara 15 hingga 35 peratus. Katanya, peratusan berkenaan hasil dapatan laporan menerusi kementerian dan jabatan yang menunjukkan kehadiran penjawat awam pada hari pertama PKPB tidak seperti digambarkan oleh sesetengah pihak. Antara laporan kehadiran yang dilaporkan adalah 15 peratus bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Unit Permodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan (24 peratus); Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (29 peratus). Kementerian Pengangkutan (27 peratus); Unit Perancang Ekonomi (28 peratus); Kementerian Dalam Negeri (38 peratus); Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (20 peratus); Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (28.18 peratus) Kementerian Pertahanan (27.48 peratus), Kementerian Pengajian Tinggi (35.01 peratus); Kementerian Kerja Raya (30 peratus) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (15 peratus). “Peratusan kehadiran ini akan berubah- ubah mengikut masa dan keperluan tanpa menjejaskan prinsip asas dan objektifnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Katanya, data pelaporan peratusan itu jelas menunjukkan bahawa walaupun pejabat kerajaan telah mula beroperasi sepenuhnya semalam, pendekatan diambil ketua jabatan adalah dengan meminimumkan kehadiran penjawat awam ke pejabat dengan opsyen bekerja dari rumah (BDR). Ia, katanya, selaras dengan pendekatan seperti yang disarankan menerusi surat edaran dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Operasi Pejabat Kerajaan Semasa Tempoh PKPB bertarikh 2 Mei lalu. “Pendekatan bekerja dari rumah dan bekerja mengikut waktu fleksi adalah pendekatan yang digalak dan diamalkan pada masa kini sebagai mendokong usaha berterusan untuk membendung penularan wabak COVID-19. “Namun, semua kementerian, jabatan telah diarahkan supaya memastikan sistempenyampaian kerajaan berfungsi sepenuhnya,” katanya. Beliau berkata, budi bicara ketua jabatan dalam mengurus sumber manusia di pejabat adalah dibenarkan dalam memastikan sistem penggiliran atau mereka yang diminta bekerja dari rumah dapat dikawal selia bagi menjamin penyampaian perkhidmatan yang berterusan. Padamasasama, katanya, ketua jabatan juga berperanan memastikan peraturan sedia ada dipatuhi sepenuhnya selari dengan arahan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Beliau juga berharap semua pihak yang berurusan dengan pejabat kerajaan dapat mematuhi normal baharu melalui garis panduan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kementerian serta jabatan berkaitan. “Sebaik mungkin juga, perkhidmatan yang dapat dilakukan secara dalam talian dimanfaatkan sepenuhnya. Kita harus cepat mengadaptasi pendekatan dan persekitaran yang berbeza dalam normal baharu kerja pada masa sekarang. “Ia bagi memastikan penularan wabak COVID-19 ini dapat dibendung dengan kadar segera,” katanya. 60
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy