Buku Media JPA 2020
BDR: Ketua jabatan boleh tetapkan kaedah pantau pegawai SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi peringatan kepada semua pegawai yang diarahkan bekerja dari rumah (BDR) supaya sentiasa be- rada di rumah sepanjang waktu bekerja. Menerusi satu surat edaran peringatan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Penga- rah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, peg- awai yang BDR diingatkan sentiasa ber- sedia sekiranya diarah oleh ketua jabatan untuk hadir ke pejabat atau lokasi lain. Menurutnya, pegawai terbabit juga perlu memastikan sentiasa boleh di- hubungi dalam tempoh waktu bekerja. “Sehubungan itu, ketua jabatan boleh menetapkan kaedah pemantauan mas- ing-masing dalam memastikan serta menyemak keberadaan pegawai di pejabat, rumah atau mana-mana lokasi diarahkan. “Pegawai yang melanggar ketetapan, ket- ua jabatan boleh mengambil tindakan tatatertib kerana ingkar perintah selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. “Selain itu, pegawai yang melanggar per- aturan dan dikenakan hukuman oleh mahkamah atau pihak berkuasa ker- ana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tindakan tatatertib boleh juga diambil kerana kesalahan mencemarkan nama perkhidmatan awam,” katanya dalam surat edaran peringatan itu di laman rasmi JPA. Dalam surat sama, beliau berkata, ketua jabatan hendaklah memasti- kan semua pegawai sama ada yang bertugas di pejabat atau BDR mem- punyai tugasan yang seimbang. Menurutnya, semua tugasan yang diberi perlu mempunyai output atau keperluan pencapaian yang jelas un- tuk memudahkan urusan pemantauan. “Arahan ini juga dipanjangkan kepa- da semua perkhidmatan awam neg- eri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” ujarnya. 25 Oktober 2020 52
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy