Buku Media JPA 2020

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam diminta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan, bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 di negara ini dapat dihentikan. Sehubungan itu, Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung penutupan premis kerajaan serta arahan bekerja daripada rumah dikeluarkan pada 17 Mac lalu, masih terpakai sepanjang tempoh lanjutan PKP berkenaan. Ketua Pengarah JPA, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata sebahagian penjawat awam sudah diarahkan supaya bekerja daripada rumah berikutan arahan penutupan premis kerajaan. “Bagi sebahagian penjawat awam diarahkan bertugas seperti biasa mengikut keperluan keadaan semasa. Antara sektor perkhidmatan awam yang terbabit adalah dalam segmen penting seperti kesihatan, keselamatan, makanan, logistik, utiliti dan sebagainya. “Mereka kini bersama berganding bahu berkhidmat sepenuh jiwa dan raga untuk mengawal serta membanteras penularan wabak Covid-19 dan dalam masa sama turut menjaga keperluan asas rakyat tidak terjejas. Mohd Khairul Adib dalam kenyataan itu turut menyeru kepada semua penjawat awam supaya bersama-sama bersatu hati dan berganding bahu serta berpegang teguh dengan ikrar supaya meneruskan khidmat bakti untuk negara. Beliau turut mengingatkan kepada penjawat awam supaya tidak terbabit dalam penyebaran berita tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat. “Sebagai penjawat awam, kita wajar menyampaikan maklumat betul daripada sumber yang sahih dan tepat. Saya mendoakan agar semua rakyat di negara ini khusus kepada penjawat awam dan keluarga mereka sentiasa terpelihara daripada aspek keselamatan, kesihatan dan kekal bersemangat demi negara,” katanya. Penjawat awam diarah patuh Surat Edaran JPA Mac 25, 2020 Kepatuhan Arahan dan Peraturan Page 1 of 2 Berita Harian, Malaysia Page 1 of 2 17 April 2020 Berita Harian 49

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy