Buku Media JPA 2020
Kerajaan sedang mempertimbangkan secara mendalam untuk meneruskan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) sebagai amalan normal baharu dalam perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali. Bagaimanapun, katanya ia memerlukan kajian lebih terperinci bagi memastikan ia dapat menepati hasrat pelaksanaannya. “Terdapat dua objektif utama yang telah dikenal pasti iaitu untuk mitigasi risiko seperti pencemaran dan penularan penyakit, dan untuk menguruskan prestasi pegawai dengan mengimbangi keperluan kerja dan keluarga, serta Kerajaan pertimbang teruskan pelaksanaan kerja dari rumah bagi penjawat awam meningkatkan kepuasan kerja dan produktiviti, “ katanya dalam satu wawancara bertulis pada Ahad. Antara aspek yang perlu diperjelaskan melalui kajian lanjut adalah keperluan sokongan teknologi digital, keselamatan maklumat, kesesuaian pelaksanaan kepada skim-skim perkhidmatan tertentu, serta implikasi perundangan yang terlibat. Menurutnyaselari denganinisiatif kerajaan untuk menimbangkan pelaksanaan BDR sebagai suatu normal baharu, penilaian juga akan dilaksanakan ke atas beberapa kemudahan awam lain yang berkaitan terutamanya kemudahan-kemudahan cuti dan pelepasan. Katanya semua inisiatif berkenaan adalah usaha berterusan bagi memastikan penjawat awamdapat terusmeningkatkan produktiviti mereka dalam konteks perubahan-perubahan faktor luaran yang terkini. Mohd Zuki berkata pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan perkhidmatan awam boleh berfungsi dengan berkesan walaupun dengan pelaksanaan BDR dan BDR secara fleksibel. “BermuladenganpelaksanaanBDRsecara arahan ke atas semua penjawat awam, ia kemudian berubah kepada pelaksanaan berlandaskan kes-kes tertentu. Dalam kedua-dua keadaan tersebut, impak kepada produktiviti penjawat awam adalah minimum, dan perkhidmatan awam terus dapat menyokong pembukaan sektor ekonomi dan perniagaan,” katanya. Dalam tempoh tersebut, sektor ekonomi dan perniagaan telah dapat beroperasi hampir 100 peratus untuk memastikan ekonomi negara dapat dilonjakkan, dan ini dapat dicapai bilamana penjawat awam dapat terus melaksanakan tanggungjawab mereka melalui kedua- dua mod tersebut, katanya. -- BERNAMA Bernama Julai 13, 2020 48
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy