Buku Media JPA 2020
Tempoh bekerja dari rumah bagi penjawat awam dilanjutkan 14 April Bekerja dari rumah sepanjang PKP perlu disiplin tinggi PUTRAJAYA - Tempoh bekerja dari rumah bagi penjawat awam dilanjutkan sehingga 14 April depan selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassinberhubungpelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, Surat Edaran JPA rujukan JPA.SARAAN(S) 256/6/31 Jld.6(2) bertarikh 17 Mac 2020 mengenai Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan PKP dan Penutupan Premis Kerajaan berserta soalan lazimnya adalah terpakai bagi tempoh lanjutan PKP itu. “Selari dengan itu juga, sebahagian penjawat awam telah diarahkan bekerja dari rumah berikutan arahan penutupan premis kerajaan Manakala, sebahagian lagi penjawat awam telah diarahkan bertugas seperti biasa mengikut keperluan keadaan semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. Antara sektor perkhidmatan awam yang terlibat dalam perkhidmatan penting adalah sektor kesihatan, keselamatan, makanan, logistik dan utiliti, katanya. “Mereka kini bersama berganding bahu, berkhidmat sepenuh jiwa dan raga untuk mengawal serta membanteras penularan wabak Covid-19 dan dalam masa yang sama turut memastikan keperluan asas rakyat tidak terjejas,” katanya. Adib berkata, sepertimana ikrar dan sumpah setia sebagai penjawat awam, para pegawai sentiasa dilatih dan dididik untuk mengutamakan negara,jauhmelebihikepentingandiri. “Kita dilantik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Cabaran yang dihadapi ketika ini, jelas menggambarkan khidmat bakti yang ditumpahkan semata- mata untuk negara dan rakyat. “Tidak kira apa pun yang berlaku, walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga dan berhadapan dengan ancaman wabak, namun demi tugas tetap dipastikan ia dilaksana dengan bersungguh-sungguh,” katanya. Sinar Harian 25 Mac 2020 Selangor Kini April 9, 2020 KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh negara sudah masuk ke fasa kedua dan pihak yang menerima kesan besar daripada perintah ini adalah golongan pekerja. Pelaksanaan PKP bukanlah bermaksud mereka mendapat cuti percuma. Kerja tetap harus dibuat tetapi prlaksanaannya adalah secara bekerja dari rumah (BDR) dan ia adalah tidak mudah. Ada beberapa perkara yang perlu difahami dan diselesaikan sebelum seseorang itu boleh bekerja dengan cekap di luar pejabat. Bekerja dari rumah bererti perlu bijak menguruskan tuntutan kerja di pejabat dan di rumah pada waktu yang sama. Ramai pekerja memakai ‘topi’ yang pelbagai dalam satu masa sebagai pekerja, ibu, anak, dan suami. Bagi pegawai kerajaan, arahan bekerja dari rumah yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dalam surat bertarikh 17 Mac 2020 menetapkan, setiap pegawai kerajaan yang bekerja dari rumah mestilah mematuhi tiga syarat. Syarat pertama adalah sentiasa berada di dalam rumah dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan kerajaan; kedua adalah sentiasa bersedia sekiranya diarah ketua jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain dan ketiga memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja. Surat tersebut turut menyatakan tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi tiga perkara di atas melainkan mendapat kebenaran daripada ketua jabatan masing- masing. Pegawai kerajaan juga tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. 46
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy