Buku Media JPA 2020
Negara sekali lagi melalui peralihan kuasa dengan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilantik sebagai Perdana Menteri untuk menerajui pentadbiran kerajaan baharu. Ia proses demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan. Pada CUEPACS peralihan kuasa ini berjalan baik dan dalam suasana negara yang aman damai. CUEPACS mengambil pendirian sentiasa berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya langkah diambil Perdana Menteri untuk membentuk kerajaan yang kukuh demi memastikan kesejahteraan serta keharmonian rakyat dan negara. CUEPACS dan penjawat awam sentiasa bersama-sama kerajaan untuk terus memacu negara ini ke arah yang lebih cemerlang, seterusnya memberi perkhidmatan yang sangat berkesan dan berkualiti kepada rakyat dan negara. Begitulah pendirian CUEPACS ketika ini, ‘Tingkatkan Produktiviti, Kukuhkan Integriti’. Kerajaan adalah majikan kepada kakitangan awam. Bagi CUEPACS, siapa sahaja kerajaan hari ini, itulah majikan kami. Walaupun kerajaan datang dan pergi bersilih ganti, perkhidmatan awam tetap kekal setia dalamneutraliti meneruskan khidmat menjaga kesejahteraan negara secara menyeluruh di bawah payung institusi Raja. Perkhidmatan awam tonggak pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional. Penjawat awam perlu bijak mendepani segala cabaran. Perkhidmatan diberikan perlu dilaksanakan dengan prinsip penyampaian terbaik selaras slogan ‘Saya YangMenjalankan Amanah’. Walau apa pun berlaku perkhidmatan kerajaan akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang terbaik untuk rakyat. Jika ada terkurang, sama-sama perbaiki, bukan diberi cacian dan memperlekeh peranan penjawat awam. Justeru, CUEPACS mengharapkan hubungan antara kerajaan dan penjawat awam dipertingkatkan dari semasa ke semasa, demi kesejahteraan dan kemakmuran negara tercinta ini. Tidak dinafikan timbul masalah apabila orang politik yang berada dalam kerajaan melihat penjawat awam masih menjalankan dasar kerajaan terdahulu. Di sini, persepsi istilah deep state atau daulah tersembunyi timbul. Bagi penjawat awam tidak timbul istilah dasar kerajaan terdahulu atau kerajaan sekarang kerana bagi kami, hanya menjalankan dasar kerajaan yang termaktub dan didokumenkan. Perasaan curiga pegawai lantikan politik wujud kerana dasar ini belum berubah. Justeru, jika kerajaan semasa tidak selesa dengan dasar berkenaan, mereka boleh mengubahnya sebagaimana kehendak dan hala tuju kerajaan yang memerintah. Risiko yang akan berlaku jika wujudnya deep state dalam kalangan penjawat awam ialah ketidaktenteraman dan proses pentadbiran dari semasa ke semasa tidak berjalan lancar. Untuk pengetahuan semua, sehingga ke hari ini tiada gerakan deep state dalam kalangan penjawat awam. Bagi CUEPACS kami menzahirkan keyakinan dan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Perdana Menteri. Oleh itu, CUEPACS yakin pentadbiran kerajaan baharu ini akan terus menjaga kebajikan anggota perkhidmatan awam kini dan selamanya. * Penulis ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kerajaan semasa majikan kami Mac 4, 2020 38
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy