Buku Media JPA 2020
SEREMBAN – Penjawat awam di negara ini tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman. Beliau berkata, dasar ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan supaya penjawat awam tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. “Dalam mesyuarat bersama jemaah menteri pada 1 Nov lepas, kita sudah putuskan larangan penjawat awam terlibat dalam politik, bagi menghormati hak asasi manusia, penjawat awam boleh terlibat dalam parti politik tetapi bagi menjamin (mereka) kekal neutral, penjawat awam tidak dibenarkan memegang jawatan atau bertanding dalam sebarang jawatan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, di sini, hari ini. Foto hiasan - Para penjawat awam melafazkan ikrar ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 01 MEI 2019 Penjawat awam dilarang pegang jawatan dalam parti politik Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr Razali Ab Malik. Katanya, bagaimanapun ketika ini beberapa perkara sedang diperhalusi sebelum pekeliling mengenainya dikeluarkan dalam masa terdekat bagi memastikan penjawat awam mematuhi perkara tersebut. “Keputusan itu sudah ada, kami tengah sediakan satu pekeliling untuk pastikan perkara ini diikuti, dalam masa sama masih ada sedikit lagi kajian masih perlu dilakukan,” katanya Beliau juga berkata dalam tempoh tiga bulan lalu pihaknya telah mengambil tindakan tatatertib terhadap tiga orang penjawat awam atas kesalahan menyebar maklumat yang tidak benar. – MalaysiaGazette Kekal Neutral By Bernama - 3 January 2020 35
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy