Buku Media JPA 2020

PRAKATA Penjawat awam sebagai muka depan kerajaan memainkan peranan penting dalam memacu enjin pembangunan negara dan memastikan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan serta disampaikan secara efisien. Komitmen tinggi dan kolaborasi yang mantap dalam kalangan penjawat awam menggerakkan mereka sebagai satu entiti yang utama dalam mendepani arus cabaran negara. Penyaluran komunikasi massa yang baik amat diperlukan dalam sesebuah organisasi terutama dalam menyampaikan informasi atau maklumat kepada pemegang taruh atau khalayak umum. Dalam konteks ini, media berperanan sebagai pengantara dan medium yang terpenting dalam menyediakan akses dan informasi tersebut. Perhubungan media merupakan teras kepada tunas disiplin perhubungan awam dan secara tidak langsung, ia dapat mengukuhkan bidang komunikasi korporat dalam menghubung organisasi bersama kumpulan sasar. Media JPA 2020 memaparkan koleksi liputan berita JPA di media massa. Koleksi berita ini meliputi landskap perkhidmatan awam seperti pemerkasaan perkhidmatan awam, kebajikan penjawat awam, perkhidmatan yang ditawarkan, program-program anjuran JPA mahupun isu-isu perkhidmatan awam yang lain. Selain itu, prakarsa yang disediakan oleh kerajaan untuk mempraktikkan norma baharu dalam sektor perkhidmatan awam pada masa kini turut dipaparkan dalam kompilasi ini. MEDIA JPA 2020 i

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy