Buku Media JPA 2020

Page 1 of 2 t's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior pyright owner. Penjawat awam perlu pegang teguh nilai integriti KSN: Penuhi harapan rakyat mahu k’jaan bersih, cekap, amanah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mohd Zuki Ali menggesa kakitangan awam supaya memberikan perkhidmatan terbaik dalam memenuhi harapan rakyat terhadap kerajaan. “Perkhidmatan awam merupakan jentera yang menggerakkan proses, merangka, mengolah dan merealisasikan dasar-dasar negara demi kesejahteraan rakyat. “Harapan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan yang cekap, bersih dan amanah perlu dipenuhi bagi memastikan kepercayaan yang diberi dapat dibalas dengan mutu perkhidmatan yang terbaik,” katanya pada suatu hantaran di media sosial yang menjelaskan aspirasinya dalam memimpin perkhidmatan awam. Menurut Mohd Zuki dalam menjalankan tugas, “penjawat awam perlu berpegang kepada konsep neutraliti dan profesionalisme serta menghormati prinsip pembahagian kuasa.” “Ini penting agar kedaulatan undang-undang (rule of law) dapat dipertahandalammenjunjung Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya. Beliau juga menasihatkan penjawat awam supaya sentiasa membantu memudahkan urusan rakyat. “Saya menyeru supaya semua penjawat awam menjadi pemudahcara dalam urusan dengan rakyat. “Berikanlah perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Anggaplah diri anda juga adalah seorang pelanggan,” katanya lagi. Diterbitkan 15 Feb 2020 Integriti Penjawat Awam 15 Februari 2020 Berita Harian 30

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy