Buku Media JPA 2020
KERAJAAN di bawah pimpinan Perdana Menteri harus mengiktiraf peranan penting yang dimainkan penjawat awam sebagai sebahagian daripada cabang penting dalam pentadbiran negara. Malah dalam pelbagai perkara, penjawat awam merupakan enjin dan faktor yang memastikan kelancaran urusan kerajaanmeskipun ahli eksekutif dan ahli legislatif tidak dapat atau gagal ‘berfungsi’ pada satu-satu masa. Kebanyakan penjawat awam sememangnya cintakan negara dan terus setia berbakti serta mendukung kerajaan yang memerintah biarpun kerajaan bertukar ganti. Dengan kata lain, penjawat awam adalah ‘non-partisan’ - tidak cenderung dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Sikap sedemikianlah yang memungkinkan penjawat awam untuk bertindak sebagai teknokrat yang profesional dalammeningkatkan prestasi kerajaan dan mengharumkan nama negara tercinta ini di persada dunia. Sikap itu jugalah yang akan membolehkan penjawat awam menjalinkan hubungan yang akrab dengan semua pihak dalam ketiga- tiga cabang pemerintahan iaitu legislatif, kehakiman dan eksekutif. Penjawat kerajaan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dan pada bila- bila masa, aktif dalam memberikan saranan dan pandangan kepada pemimpin eksekutif kerajaan agar mereka sentiasa berada di landasan yang betul. Ini ditambah dengan pelbagai latihan yang disediakan untuk meningkatkan kemahiran setiap penjawat awam, sama ada di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)mahupun latihandalam negeri dan luar negara. Ini merupakan pelaburan besar yang kerajaan peruntukkan untuk meningkatkan keupayaan modal insan dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. SEMALAM Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang dan mengganggu tugas pihak berkuasa. Ia ekoran tindakan sekumpulan individu menghalang dan dan melakukan provokasi terhadap 50 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia di Batu Caves sehingga menimbulkan ketegangan. Seseorang yang menghalang tugas penjawat awam boleh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Hormati tugas penjawat awam Perkhidmatan awam di Malaysia Sebagai iktibar atau pengajaran kepada semua, mana-mana individu yang menghalang tugas penjawat awamperlu dikenakan tindakan berat atau setimpal. Sekiranya ada masalah, ia boleh berbincang dan diselesaikan dengan baik dan matang kerana mereka juga bertimbang rasa dan boleh bertolak- ansur. Kepada penjawat awam, hadapi apa juga situasi dengan profesional dan sabar kerana integriti dan kelakuan penjawat awam sentiasa diperhatikan. Tambahan pula dalam zaman ‘CCTV bergerak’ pada hari ini, kesilapan dan kesalahan penjawat awam sering dicari. LIDAH PENGARANG | | 17 Februari 2020 Dr Helmy Haja Mydin | | 10 Mac 2020 22
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy