Buku Media JPA 2020
Penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam yang kini menjadi normal baharu ketika negara berhadapan wabak COVID-19 boleh dipertimbang untuk dipraktikkan pasca pandemik itu. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata penggunaan teknologi seperti mesyuarat melalui sidang video telah diperkenalkan dalam sektor kerajaan sebelum ini, namun kini ia digunakan sepenuhnya dan banyak memberikan manfaat ketika wabak COVID-19. “Dulu kita tidak terfikir tentang keperluan bekerja dari rumah atau mesyuarat secara maya, walaupun telah lama wujud; jadi kita jangan sia-siakan peluang yang ada ini, supaya normal baharu ini dapat membantu kita untuk memastikan kelancaran dan khidmat kepada masyarakat tidak terganggu. “Kerajaan boleh mempertimbangkan penggunaan teknologi ini selepas tamatnya COVID-19 supaya boleh menjimatkan lagi peruntukan membina ruang pejabat yang baharu dan tidak memerlukan kos peralatan yang tinggi oleh kerana memerlukan sedikit pegawai untuk hadir ke pejabat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir dalam program Bicara Naratif Bersama KSN: Norma Baharu yang disiarkan di TV1 RTM, Khamis malam. -- BERNAMA KUALA LUMPUR - Pandemik Covid-19 jelas telah mengubah cara kehidupan dan landskap pengoperasian perniagaan, ekonomi dan bahkan sistem penyampaian perkhidmatan. Akibat penularan wabak itu, Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menuntut kepada normal baharu cara pengoperasian sektor-sektor ekonomi, sekali gus membuka mata pelbagai pihak mengenai pentingnya aspek pendigitalan bagi memudahkan urusan, lebih- lebih lagi dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan. Melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan 5 Jun lepas, kerajaan Malaysia memberi isyarat bahawa ekonomi negara bersedia untuk pemulihan dan negara perlu mencari dan menggunakan sebaik mungkin peluang-peluang ekonomi yang melibatkan soal pendigitalan bagi melonjakkan daya saingnya. Pasca COVID-19: Penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam dipertimbang - KSN Mei 15, 2020 MOHD ZUKI: Kerajaan boleh mempertimbangkan penggunaan teknologi ini selepas tamatnya COVID-19 supaya boleh menjimatkan lagi peruntukan membina ruang pejabat yang baharu. - Gambar fail 27 Jun 2020 Pendigitalan perkhidmatan kerajaan percepat urusan Aspek pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan penting ke arah pengamalan normal baharu dan mengurangkan transaksi fizikal. - Foto Bernama 14
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy