Buku Media JPA 2020

ia cara terbaik untuk menyumbang kepada dunia dan masyarakat sekeliling,” katanya. Dalam pada itu, kejayaan sama turut dicapai, pemegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Harvard, Shivanand Sivamohan, 30, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Sekretariat Kebangsaan ASEAN- Malaysia di bawah Kementerian Luar Negeri. Beliau mula menjawat jawatan itu pada Jun 2017 dan berkhidmat sehingga kini selepas mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 27 Mei 2017. Menurutnya, dengan kelulusan yang dimilikinya, beliau mempunyai impian untuk melakukan transformasi dalamperkhidmatanawamseiring dengan penekanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap pembinaan modal insan yang berkaliber. “Saya berhasrat untuk turut menyumbang dalam inisiatif meningkatkan pengetahuan awam mengenai program biasiswa JPA termasuk BYDPA. “Pada pandangan saya, usaha-usaha pihak JPA untuk mempromosikan biasiswa ini akan mendorong lebih ramai golongan muda di negara kita untuk melanjutkan pengajian di institusi terkemuka tempatan dan antarabangsa serta membangunkan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu,” katanya. Susulan itu, beliau berharap lebih banyak program bimbingan dan mentorship boleh dipertimbangkan untuk penerima biasiswa JPA sepanjang tempoh pengajian mereka, termasuk sesi dialog bersama pegawai- pegawai kanan kerajaan serta internship bersama pelbagai kementerian dan jabatan. Berkongsi petua kejayaan menerima tajaan BYDPA pula, Shivanand berkata, kriteria yang ditetapkan untuk penerima biasiswa itu bukan hanya merangkumi aspek akademik, tetapi juga penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum atau kemasyarakatan. Justeru katanya, pemohon-pemohon yang berminat seharusnya mengambil pendekatan menyeluruh dalam merangka visi peribadi mereka selain persediaan rapi juga diperlukan untuk melalui proses saringan dengan jayanya. “Generasi muda di negara ini perlu mempunyai keyakinan penuh untuk memohon kemasukan ke program-program bertaraf antarabangsa, tanpa meragui bakat dan kebolehan masing-masing. “Mereka perlu beriltizam untuk melanjutkan pengajian di bawah BYDPA iaitu biasiswa unggul yang ditawarkan kerajaan Malaysia di bawah JPA,” katanya. Sehingga kini seramai 172 pelajar telah menikmati penajaan BYDPA yang membabitkan 84 peringkat Ijazah Sarjana dan 88 peringkat PhD sejak ia diperkenalkan pada tahun 2006. Biasiswa itu ditawarkan untuk mengiktiraf kebolehan luar biasa warganegara Malaysia, di samping memberikan mereka peluang untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan PhD di universiti dalam dan luar negara. Bidang pengajian di bawah tajaan BYDPA meliputi empat bidang utama iaitu Sains dan Teknologi yang mula ditawarkan pada 2006, Ekonomi (2007), Undang-undang (2007) dan Kewangan Islam (2014). 98

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy