Buku Media JPA 2020
SEJAK diperkenalkan hampir 15 tahun lalu, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) menjadi pendorong semangat kepada kesemua penerima untuk berjaya dalam hidup termasuk tiga daripadanya kini bergelar pakar dalam bidang kejuruteraan, matematik dan undang-undang. Dengan kepakaran yang dimiliki, penerima biasiswa berprestij dinaungi institusi tertinggi negara iaitu Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja itu yang kini berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta turut menyumbbidangang kepada pembangunan negara. Jurutera di Gamuda Bhd (Gamuda), Boon Chia Weng, 33, berkata, BYDPA membantunya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik di University of Oxford, England dan beliau menamatkan pengajian pada tahun 2013. “Saya bertuah kerana sejak tujuh tahun lepas, Gamuda memberikan peluang kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Jurutera Geoteknik untuk pakej kerja-kerja bawah tanah bagi dua projek mega iaitu Aliran Transit Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan Sungai Buloh-Serdang Putrajaya (SSP). “Walaupun terlibat dengan kerja-kerja pembinaan yang agak mencabar, saya berasa bangga kerana terowong MRT telah siap dibina di Kuala Lumpur. Saya juga gembira kerana subkontraktor dan pembekal tempatan telah bekerjasama dalam menjayakan projek- projek ini,” katanya kepada Sinar Harian. Ditanya mengenai perkara utama yang boleh diaplikasikan bagi menambah baik bidang kejuruteraan di negara ini berdasarkan pengalaman pengajiannya di University of Oxford, Chia Weng berkata, ketika pengajian, salah seorang penyelianya merupakan seorang pensyarah terkenal di dunia, iaitu Rankine Lecturer. “Topik utama beliau adalah offshore foundations. Tetapi, pada masa itu, saya lebih yakin aplikasi terowong batu lebih berguna di Malaysia dan saya mendalami bidang ini hasil perkongsian ilmu beliau selain saya jadikan matematik sebagai bidang sampingan. “Setakat ini, hasil komputer algorithm open- source digunakan untuk mengkaji batu telah digunakan di Eropah, Amerika Syarikat dan Brazil. “Nama Malaysia juga ditayangkan di laman web International Society for Rock Mechanics and Rock Engineering (ISRM) kerana tesis saya telah dianugerahkan dengan Rocha Medal pada tahun 2016,” katanya. Sementara itu, Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fatimah Abdul Razak, 36, berkata,menerusitajaanBYDPA,beliauberjaya memperoleh PhD dalam bidang matematik di Imperial Collage, London pada tahun 2013. Menurutnya, melalui kepakarannya dalam bidang matematik, beliau fokus untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pelbagai unsur matematik dalam kehidupan yang sangat banyak tetapi tidak disedari. Menyedari tajaan BYDPA merupakan idaman setiap pelajar, beliau sering berkongsi aspirasi supaya pelajar menggunakan kelebihan masing-masing untuk mengejar kecemerlangan. “Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Fikirkanlah cara terbaik untuk menggunakan kelebihan itu. Buatlah sesuatu bukan kerana mengejar kestabilan kewangan sahaja tetapi kerana Penerima BYDPA pakar pelbagai bidang 30 September 2020 Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 97
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy