20 Tahun BYDPA Biasiswa Yang DI Pertuan Agong Lakaran Legasi Anak Bangsa

JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM “ Lakaran Legasi Anak Bangsa ” biasiswa yang di-pertuan agong Tahun BYDPA

a biasiswa yang di-pertuan agong JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Tahun BYDPA biasiswa yang di-pertuan agong “Lakaran Legasi Anak Bangsa”

Cetakan Pertama 2026 Hak cipta Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam 2026 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam terlebih dahulu. Diterbitkan di Malaysia oleh: Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, MALAYSIA. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Dicetak oleh: Gigabit Communication, 1-28B Tingkat 1, Jalan PP1/1, 47130 Puchong, Selangor, MALAYSIA. 20 Tahun BYDPA “Lakaran Legasi Anak Bangsa”

biasiswa yang di-pertuan agong Sekapur Sirih ii Seulas Pinang iii Kata Pengantar iv Evolusi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 1 Legasi Anak Bangsa 11 Prof. Madya Dr. Mohd Muzamir bin Mahat 12 Dr. Mohd Syukri bin Yahya 16 ChM. Ts. Dr. Muhammad Zamir bin Othman 20 Dr. Mohd Nazri bin Bajuri 24 Ts. Dr. Norshah Aizat bin Shuaib 28 Dr. Sai Chong Yeh 32 En. Heng Wei Khang 36 Dr. Ooi Sock Theng 40 Dr. Harishini A/P Rajaratinam 44 Sinergi JPA-PCU 49 Senarai Penerima BYDPA 2006 - 2025 55 Sidang Redaksi & Penghargaan 77 KANDUNGAN

ii Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda sekalian. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, buku 20 Tahun BYDPA: Lakaran Legasi Anak Bangsa ini dapat dihasilkan. Idea penerbitan buku ini adalah sangat baik kerana ia merakam evolusi, memori dan pencapaian program biasiswa terunggul negara. Ini dapat dilihat dengan lahirnya barisan cendekiawan dan profesional cemerlang kepada negara. Seterusnya memberi inspirasi kepada seluruh warga Malaysia. Selaku pelaksana dasar negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) senantiasa peka dengan keperluan negara terutamanya dalam membangunkan modal insan. Ini kerana keutuhan sesebuah negara sememangnya bergantung pada daya saing dan kebijaksanaan sumber manusia. Untuk itu, sokongan berbentuk pembiayaan pengajian yang mencukupi sentiasa dalam perhatian JPA. Akhir kata, saya mengharapkan penghasilan buku ini akan menjadi rujukan kepada semua sekali gus melambangkan dedikasi jitu JPA dalam memacu kecemerlangan modal insan demi masa hadapan negara. Sekian, selamat membaca. TAN SRI DR. WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Sekapur Sirih

iii biasiswa yang di-pertuan agong Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya amat berbesar hati menyampaikan ucapan penghargaan dan sokongan terhadap penerbitan buku 20 Tahun BYDPA: Lakaran Legasi Anak Bangsa, satu inisiatif yang penuh makna dalam merakam pencapaian pelaksanaan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) serta kejayaan anak-anak Malaysia yang telah menyumbang kepada pembangunan negara melalui penajaan ini. Program ini bukan sekadar tajaan pendidikan, malah ia merupakan pelaburan strategik dalam membina modal insan berkaliber tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dalam pelbagai bidang. Penerima-penerima BYDPA yang diketengahkan dalam buku ini membuktikan bahawa bakat tempatan mampu bersaing dan memberi impak global. Akhir kata, saya berharap buku ini menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus mengejar kecemerlangan dengan penuh iltizam. Semoga lebih ramai anak Malaysia berani melangkah ke hadapan, menimba ilmu, dan menyumbang kepakaran mereka demi kemajuan negara. Sesungguhnya, generasi berilmu, berdaya saing, dan berjiwa besar akan terus mewarisi legasi kecemerlangan ini. DATO’ JAMALULAIL BIN ABU BAKAR Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Seulas Pinang

iv Buku 20 Tahun BYDPA: Lakaran Legasi Anak Bangsa merupakan dedikasi khas buat individu-individu yang terlibat dalam pelaksanaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) dan penerima-penerima BYDPA yang bukan sahaja telah mengharumkan nama negara melalui pencapaian akademik yang gemilang, malah turut menyumbang secara signifikan dalam pembangunan negara. Buku ini menghimpunkan kisahkisah inspirasi alumni BYDPA sebagai bukti bahawa Program BYDPA berjaya melahirkan modal insan yang kompeten dan berdaya saing dalam memenuhi keperluan strategik negara. Kisah-kisah yang dikongsikan menjadi pedoman bahawa kejayaan peribadi tidak bermakna tanpa manfaatnya kepada insan lain. Lebih daripada sekadar kisah kejayaan, buku ini merakam perjalanan, cabaran dan pengalaman yang membentuk jati diri para penerima BYDPA. Setiap kisah memperlihatkan bahawa kecemerlangan lahir daripada usaha berterusan, disiplin tinggi dan keazaman untuk berjaya. Dalam konteks dunia yang semakin mencabar, alumni BYDPA membuktikan bahawa pelaburan dalam pendidikan mampu melahirkan modal insan berilmu, berintegriti dan berdaya saing yang memberi impak kepada negara. Seiring dengan itu, buku ini diharap dapat memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan Alumni BYDPA serta menggalakkan perkongsian ilmu dan kepakaran demi manfaat bersama. Naskhah ini bukan sahaja menjadi simbol penghargaan terhadap pencapaian yang telah diraih, malah menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara. Akhir kata, semoga buku ini terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk berusaha mencapai kecemerlangan, dan seterusnya menyumbang kembali kepada negara. Legasi yang dilakar hari ini adalah asas kepada kecemerlangan masa hadapan. Kata Pengantar

1 biasiswa yang di-pertuan agong Evolusi BYDPA

2 Evolusi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)

3 biasiswa yang di-pertuan agong Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) atau King’s Scholarship merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan menaja pelajar berprestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di universiti terkemuka di dalam dan luar negara. Idea pewujudan program ini bermula daripada cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada individu yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam bidang akademik dan bukan akademik, di samping melahirkan modal insan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Sejarah BYDPA Cadangan penubuhan program ini telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 17 April 2002. Susulan itu, beberapa sesi penyelarasan telah diadakan melibatkan pelbagai agensi termasuk Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan Malaysia serta beberapa syarikat berkaitan kerajaan. Pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-196 pada 13 Mac 2003, telah diputuskan bahawa pengurusan program ini dikendalikan sepenuhnya oleh JPA, manakala proses pemilihan calon perlu mendapat pertimbangan Majlis Raja-Raja sebelum tawaran biasiswa dikeluarkan. Program BYDPA kemudiannya dilaksanakan secara rasmi bermula pada tahun 2006.

Pada peringkat awal, program ini memfokuskan kepada bidang Sains dan Teknologi. Kemudian, skop bidang pengajian telah diperluaskan secara berperingkat bagi memenuhi keperluan negara, termasuk bidang Undang-undang dan Ekonomi pada tahun 2007, Kewangan Islam pada tahun 2014, serta bidang Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) yang mula ditawarkan pada tahun 2023 selaras dengan perkembangan teknologi global. Dari segi penawaran, program ini pada awalnya menyediakan 10 slot penajaan setiap tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Pada tahun 2007, slot penajaan ditingkatkan kepada 12 slot mengambil kira pengenalan bidang penajaan baharu pada ketika itu. Kini, BYDPA menawarkan 14 slot, iaitu tujuh slot bagi setiap peringkat pengajian. Pemilihan calon adalah sangat kompetitif dan menitikberatkan kecemerlangan akademik, selain mengambil kira penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, sumbangan kemasyarakatan, hasil karya kreatif, penguasaan bahasa antarabangsa dan prestasi semasa temu duga. Secara keseluruhannya, Program BYDPA merupakan antara program biasiswa paling berprestij di Malaysia. Program ini bukan sahaja menawarkan kadar penajaan yang kompetitif serta peluang melanjutkan pengajian di universiti terkemuka dunia, malah program ini melahirkan graduan berpotensi tinggi yang dapat kembali menyumbang kepakaran dan pengalaman mereka kepada pembangunan negara selepas tamat pengajian. 4

biasiswa yang di-pertuan agong EVOLUSI BIDANG PENGAJIAN SEIRING KEPERLUAN NEGARA, SEJAK DARI AWAL HINGGA MASA DEPAN Pada peringkat awal, program ini memfokuskan kepada bidang Sains dan Teknologi. Skop bidang pengajian telah diperluaskan secara berperingkat bagi memenuhi keperluan negara dan selaras dengan perkembangan global. SLOT PENAJAAN Program ini bermula dengan 10 slot penajaan setiap tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Seiring dengan penambahan bidang baharu, jumlah slot turut ditingkatkan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada calon terbaik negara. PROSES PEMILIHAN YANG KOMPREHENSIF Pemilihan calon adalah sangat kompetitif dan menitikberatkan kecemerlangan menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek. KECEMERLANGAN AKADEMIK Pencapaian akademik yang konsisten pada tahap tertinggi. Fokus awal program adalah melahirkan bakat dalam bidang Sains dan Teknologi bagi memacu pembangunan negara. Skop penajaan diperluas kepada bidang Undang-undang dan Ekonomi sebagai respons kepada keperluan negara yang semakin kompleks. Bidang Kewangan Islam ditawarkan bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam yang kompetitif. Bidang Kecerdasan Buatan diperkenalkan selaras dengan perkembangan teknologi global dan aspirasi negara ke arah ekonomi berteraskan inovasi dan digital. 2023 Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) 2014 Kewangan Islam 2007 Undang-undang dan Ekonomi PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM Peranan aktif dalam aktiviti kepimpinan dan pembangunan sahsiah. SUMBANGAN KEMASYARAKATAN Keprihatinan dan sumbangan bermakna kepada masyarakat. HASIL KARYA KREATIF Pengiktirafan melalui inovasi, penyelidikan atau karya kreatif. PENGUASAAN BAHASA ANTARABANGSA Keupayaan berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa. PRESTASI SEMASA TEMU DUGA Penilaian menyeluruh terhadap potensi, motivasi dan kesesuaian. 2006 Sains dan Teknologi Melahirkan Pemimpin Masa Hadapan, Menggerakkan Aspirasi Negara. BYDPA BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG PERMULAAN 5 Sarjana 5 Kedoktoran 10SLOT 2007 6 Sarjana 6 Kedoktoran 12 KINI 7 Sarjana 7 Kedoktoran 14 SLOT SLOT “Menjana ilmu, membina kepakaran, kembali berkhidmat.” BYDPA bukan sekadar biasiswa, tetapi amanah untuk masa depan negara. 5

6 Kanada 1 Penerima Amerika Syarikat 8 Penerima United Kingdom 94 Penerima Singapura 1 Penerima Australia 10 Penerima Korea Selatan 1 Penerima Jepun 3 Penerima Malaysia 112 Penerima Statistik Penerima BYDPA Tahun 2006-2025 Sehingga tahun 2025, sebanyak 230 orang warganegara Malaysia telah menerima penajaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di universiti terkemuka di dalam dan luar negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 115 orang telah menamatkan pengajian dan 51 orang masih dalam pengajian. Sepanjang 20 tahun pelaksanaan BYDPA ini, 118 orang telah ditaja melanjutkan pengajian di luar negara, manakala 112 orang di dalam negara. Taburan Global Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

7 biasiswa yang di-pertuan agong KEDOKTORAN 53% 47% 123 Penerima SARJANA 107 Penerima 56% 128 PENERIMA PEREMPUAN 44% 102 PENERIMA LELAKI

8 Majlis Penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) merupakan acara berprestij yang diadakan setiap tahun di Istana Negara sebagai tanda penghargaan tertinggi kepada pelajar cemerlang yang terpilih menerima biasiswa tersebut. Majlis ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sebagai simbol keprihatinan dan komitmen institusi diraja terhadap pembangunan modal insan negara. Penganugerahan BYDPA bukan sahaja melambangkan pengiktirafan terhadap kecemerlangan penerima, malah turut membawa amanat besar agar para alumni kembali berbakti dan menyumbang kepakaran demi kemajuan serta kesejahteraan negara. Majlis Penganugerahan BYDPA Penganugerahan BYDPA 2007 Penganugerahan BYDPA 2016 Penganugerahan BYDPA 2008 Penganugerahan BYDPA 2017 Penganugerahan BYDPA 2009

9 biasiswa yang di-pertuan agong Penganugerahan BYDPA 2019 Penganugerahan BYDPA 2020 Penganugerahan BYDPA 2021 Penganugerahan BYDPA 2022

10 Penganugerahan BYDPA 2023 Penganugerahan BYDPA 2024 Penganugerahan BYDPA 2025

11 biasiswa yang di-pertuan agong Legasi Anak Bangsa Memahat Impak, Melakar Masa Depan

Prof. Madya Dr. Mohd Muzamir merupakan lambang kebanggaan negara, membuktikan bahawa anak Malaysia mampu berdiri megah di pentas sains antarabangsa. Perjalanan luar biasa Dr. Mohd Muzamir bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di mana beliau menamatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Bahan dengan Kepujian Kelas Pertama pada tahun 2008. Kecemerlangan akademik membolehkannya menerima BYDPA buat kali pertama pada tahun 2009 bagi peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berbekalkan visi yang utuh, beliau sekali lagi dipilih menerima tajaan BYDPA pada tahun 2012 untuk melengkapkan pengajian Kedoktoran di Imperial College London, United Kingdom. BYDPA bukan sekadar tajaan pendidikan, tetapi platform strategik untuk membina rantaian kepimpinan jangka panjang. - Dr. Mohd Muzamir Prof. Madya Dr. Mohd Muzamir bersama Penyelia beliau, Prof. Dame Molly Stevens 12 Prof. Madya Dr. Mohd Muzamir bin Mahat Merintis Inovasi Perubatan dan Kelestarian

biasiswa yang di-pertuan agong The Stevens Group - Kumpulan Penyelidik Terbaik Imperial College Tahun 2017 13

14 Berada di kelompok minda terbaik dunia menuntut Dr. Mohd Muzamir mengekalkan disiplin, integriti dan membudayakan kecemerlangan secara berterusan. Segala keperitan terbayar apabila beliau menerima penghargaan sebagai Imperial College Malaysian Top Scholar oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Malah, kumpulan penyelidikan beliau turut diiktiraf sebagai Kumpulan Penyelidikan Terbaik di Imperial College semasa majlis graduasi di Royal Albert Hall pada tahun 2017. Kemuncak pencapaiannya di bumi Menerima Penghargaan Sebagai Imperial College Malaysian Top Scholar daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London Mulakanlah apa-apa jua perjuangan dengan niat yang betul, untuk membawa manfaat kepada negara. Kecemerlangan bukan sekadar mengenai pencapaian peribadi, tetapi tentang sejauh mana kita mampu memberikan impak kepada kehidupan orang lain - Dr. Mohd Muzamir

15 biasiswa yang di-pertuan agong • Membran berteknologi tinggi: Dengan sokongan dana daripada PETRONAS Research, beliau memimpin pembangunan membran berteknologi tinggi bagi mengasingkan dan mengitar semula sisa bateri litium-ion kenderaan elektrik (EV). Bagi Dr. Mohd Muzamir, BYDPA bukan sekadar tajaan pendidikan, tetapi sebuah platform strategik untuk membina rantaian kepimpinan (talent development) jangka panjang. Pada masa akan datang, beliau berharap agar alumni BYDPA diberikan platform untuk terlibat di peringkat antarabangsa seperti menyertai Nobel Laureate Meeting sebagai pendedahan kepada pemikiran saintis dunia. Beliau juga berharap agar kelangsungan dan kelestarian biasiswa ini diperkukuhkan dengan inisiatif kerjasama bersama syarikatsyarikat korporat gergasi di negara ini. Dr. Mohd Muzamir ketika ditemu bual oleh wartawan TV3 berhubung hasil penemuan kaedah baharu perubatan jantung. Eropah adalah apabila inovasi penciptaan biobahan untuk memperbaiki tisu jantung yang rosak telah mendapat liputan di stesen televisyen seperti TV3 dan media Australia, sebaris dengan 17 saintis terkemuka antarabangsa. Kembali ke tanah air, Dr. Mohd Muzamir terus mencurahkan kepakarannya sebagai Pensyarah dan Penyelidik dalam bidang sains bahan di Universiti Teknologi MARA. Beliau tidak hanya memfokuskan kepada sains, malah gigih melahirkan generasi saintis pelapis. Sumbangan beliau dalam menerajui inovasi sains bahan sangat signifikan buat masa depan negara. Kini, sumbangan beliau terus mekar dengan terpilih sebagai felo bagi program Singapore–Southeast Asia Fellowship (SASEAF), yang menghimpunkan 100 penyelidik terbaik rantau ini untuk menjalankan penyelidikan di Singapura. Penyelidikan beliau telah menghasilkan inovasi yang memberi impak langsung kepada kehidupan manusia dan kelestarian alam seperti berikut: • SternaZip: Inovasi penutup kesan pembedahan jantung terbuka yang selamat, bersih dan bercirikan antibakteria untuk mengelakkan jangkitan. Inovasi ini dilaksanakan bersama Pakar Bedah Jantung, Profesor Abid dan pasukan di Fakulti Perubatan UiTM. • InjectoGel: Satu penemuan perubatan yang berfungsi untuk pemulihan kecederaan saraf tunjang (spinal cord). Inovasi ini dilaksanakan bersama Dr. Nurhidayah Shahemi, pelajar PhD dan dibiayai oleh UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Menyedari kelompongan besar kepakaran negara dalam reka bentuk reaktor nuklear, saya menyahutnya sebagai satu “fardu kifayah” untuk memastikan kelangsungan sekuriti tenaga masa hadapan Malaysia. - Dr. Mohd Syukri Kejayaan sentiasa menuntut kecekalan yang luar biasa. Perjalanan akademik Dr. Mohd Syukri bermula dengan kecemerlangan tahap tertinggi apabila beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian summa cum laude (kepujian tertinggi) dari University of Minnesota, Amerika Syarikat. Menyedari kelompongan besar kepakaran negara dalam reka bentuk reaktor nuklear, beliau menyahutnya sebagai satu “fardu kifayah” untuk memastikan kelangsungan sekuriti tenaga masa hadapan Malaysia. Walaupun beliau dianugerahkan BYDPA pada tahun 2010, perjalanannya diuji hebat apabila permohonan visanya ditolak oleh pihak Amerika Syarikat dan United Kingdom. Namun, takdir dan kecekalan membawanya ke institusi tersohor, Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) pada tahun 2013. Dr. Mohd Syukri bin Yahya Mengemudi Masa Hadapan Tenaga Nuklear Negara 16

biasiswa yang di-pertuan agong Di KAIST, kecemerlangan beliau tidak dapat disangkal apabila beliau berjaya menamatkan pengajian Kedoktoran dalam tempoh hanya tiga tahun setengah, selain dinobatkan anugerah Kertas Kerja Terbaik (Best Paper Award). Penyelidikan beliau menghasilkan dua paten inovasi antarabangsa bersama Korea Electric Power Corporation (KEPCO), yang merangkumi reka bentuk bahan api nuklear serta inovasi bahan penyerap (absorber). Absorber ini mengawal kadar pembakaran uranium yang berupaya memanjangkan jangka hayat bahan api di dalam reaktor dan meningkatkan keberkesanan kos operasi. Temu Bual Bersama Astro AWANI di segmen Niaga AWANI Delegasi Malaysia ke Research Reactor di China sempena Nuclear Energy Management School di Beijing 17 Meskipun peluang kerjaya terbentang luas di Korea Selatan, jiwa patriotik beliau memilih untuk kembali menabur bakti di tanah air. Kini, beliau memainkan peranan penting sebagai Pengarah Projek Perancangan Nuklear di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sumbangan Dr. Mohd Syukri amat penting terutamanya ketika Malaysia kini komited ke arah pelan pelepasan sifar bersih (net zero emission) menjelang tahun 2050. Beliau secara konsisten memperjuangkan bahawa tenaga nuklear merupakan alternatif kuasa bersih yang paling stabil dan realistik, demi menjamin sekuriti bekalan tenaga tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada cuaca seperti tenaga solar. Secara tidak langsung dapat mengurangkan pelepasan karbon serta meningkatkan tenaga boleh baharu. PhD Hooding Ceremony di KAIST, Korea Selatan

18 Bagi Dr. Mohd Syukri, gelaran alumni BYDPA adalah satu penghormatan yang menuntut sumbangan luar biasa kepada negara. Beliau amat menekankan agar Malaysia bergerak ke arah kedaulatan teknologi dengan mencapai status berdikari (self-reliance) dalam bidang kritikal seperti kecerdasan buatan (AI) dan tenaga bersih, supaya kita tidak terus bergantung kepada teknologi asing. Besar harapan beliau agar program BYDPA disusuli dengan ekosistem sokongan pascapengajian, termasuk pemberian geran dan jaringan pemula (startup), supaya teknologi luar mampu diterjemahkan dan dibina di Malaysia. Delegasi Malaysia Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke Kedutaan Malaysia di Vienna, Austria sebelum menghadiri mesyuarat di International Atomic Energy Agency (IAEA) Terpilih sebagai pembantu pengajar di King Abdul Aziz Centre of Renewable Energy, Riyadh, Arab Saudi

19 biasiswa yang di-pertuan agong Majlis Pelancaran Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 Pembentangan Kertas Kerja di Persidangan Teknikal Nuklear Buat generasi masa hadapan, beliau menitipkan pesanan supaya jangan jadikan kekayaan peribadi sebagai matlamat yang melahirkan sifat mementingkan diri. Sebaliknya, sandarkan segala ilmu dan usaha pada niat yang suci, mencari keredaan Tuhan, membela keluarga, dan membina kekuatan negara bangsa. Kisah Dr. Mohd Syukri membuktikan bahawa dengan keikhlasan dan keteguhan jiwa raga, anak Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan pakar-pakar teknologi di persada antarabangsa. Majlis Menandatangani MOU antara Jabatan Tenaga Atom dan Institut Tenaga Nuklear, UNITEN

Bermula daripada minat yang mendalam terhadap dunia sains semenjak di bangku sekolah, Dr. Muhammad Zamir telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang aset negara yang berharga. Kecemerlangan akademik beliau telah terserlah sejak awal apabila beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia Tulen di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada usia seawal 20 tahun. Dedikasi beliau terhadap ilmu telah melayakkan beliau menerima Pingat Anugerah Pelajaran Diraja pada tahun 2009. Pada tahun yang sama, beliau telah terpilih menerima penajaan BYDPA, yang menjadi pemangkin untuk beliau melebarkan sayap ke University of Bristol, United Kingdom bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dalam bidang kimia. Perjalanan menuntut ilmu di bumi asing bukanlah satu yang mudah, tambahan bidang penyelidikan yang masih baharu di dunia pada ketika itu, iaitu teknologi penghasilan berlian (diamond growth technology). Mengimbau kembali perjalanan penyelidikannya, beliau berhadapan dengan jalan buntu dan siri kegagalan selama dua setengah tahun yang pertama, di mana bahan rujukan terlalu terhad dan eksperimen yang dijalankan sering kali tidak membuahkan hasil. Malah, 80 sampel berlian awal beliau terpaksa dilupuskan akibat kontaminasi ralat yang amat kecil. Namun, berbekalkan semangat pantang menyerah, melalui kolaborasi bersama penyelidik di Arizona State University beliau telah mencipta kejayaan saintifik yang diiktiraf di peringkat global. Kejayaan ini membawa kepada jemputan sebagai pembentang di persidangan elit bahan termaju, MRS Fall Meeting di Boston. BYDPA bukan sahaja melahirkan pakar dalam bidang masing-masing, tetapi juga individu yang berperanan sebagai pembina negara dan penyumbang kepada pemikiran strategik atau think tank masa hadapan. - Dr. Muhammad Zamir ChM. Ts. Dr. Muhammad Zamir bin Othman Perintis Teknologi Berlian, Inovator Pembuatan Wangian 20

biasiswa yang di-pertuan agong Satu langkah kecil dalam perjalanan yang lebih besar. Hari konvokesyen ini menandakan penutup sebuah perjalanan panjang penuh disiplin, pengorbanan dan pembelajaran berterusan. Ia bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi simbol ketekunan untuk terus menambah nilai kepada ilmu dan masyarakat. ....dasar pintu terbuka yang membolehkan pelajar seawal usia lima tahun melawat kilang untuk melihat sendiri bagaimana sains diaplikasikan dalam industri.” 21

22 Pulangnya Dr. Muhammad Zamir ke tanah air didorong oleh misi untuk menterjemahkan sains ke dalam nadi kehidupan masyarakat dan merapatkan jurang komunikasi berkaitan sains dan teknologi di semua peringkat komuniti. Sebagai seorang ahli akademik di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), beliau mempelopori FaST LaB, satu inisiatif inovatif yang berjaya membudayakan STEM kepada lebih 80,000 pelajar dan masyarakat awam dengan menjadikan sains satu pengalaman praktikal dan menyeronokkan. Dr. Muhammad Zamir beralih ke arena korporat sebagai Naib Presiden (Produk) di syarikat SugarBomb. Beliau terus membawa revolusi sains ke dalam pembuatan wangian berskala komersial. Beliau turut menyokong Polisi Sisa Sifar (Zero Waste Policy) di kilangnya di mana sisa bahan kimia dikitar semula menjadi sabun basuh tangan, pencuci lantai, pencuci bilik air dan pencuci pinggan. Penciptaan ini telah berjaya merangkul tempat ketiga di Inovasi Anak Selangor. Beliau juga memastikan kilangnya melaksanakan dasar pintu terbuka yang membolehkan pelajar seawal usia lima tahun melawat kilang untuk melihat sendiri bagaimana sains diaplikasikan dalam industri. Dr. Muhammad Zamir semasa pelancaran Nostalgia Heritage Collection by SugarBomb di Dubai bersama rakan kolaborasi antarabangsa, Givaudan.

23 biasiswa yang di-pertuan agong Beliau terus menyumbang kepakaran sebagai penyelia bersama untuk pelajar Sarjana dan Kedoktoran, serta menjadi penasihat industri untuk pelbagai institusi pengajian tinggi awam. Kesungguhan beliau membina bakat saintifik secara komprehensif membawa kepada kerjasama bersama MIMOS dalam membangunkan modul pendidikan seawal usia tadika serta kad permainan STEM berkonsepkan sains bahan. Dr. Muhammad Zamir melihat BYDPA sebagai platform yang bukan sahaja melahirkan pakar dalam bidang masing-masing, tetapi juga individu yang berperanan sebagai pembina negara dan penyumbang kepada pemikiran strategik atau think tank masa hadapan. Nasihat beliau kepada generasi muda adalah untuk membina asas yang kukuh dalam ilmu, tetapi pada masa yang sama memahami bahawa kejayaan bukan sekadar diukur melalui pencapaian akademik sematamata. Kecemerlangan sebenar datang daripada keinginan untuk memahami, mencuba dan menyelesaikan masalah dunia sebenar dengan pendekatan yang berteraskan ilmu. Dalam perjalanan tersebut, jangan takut untuk menghadapi kegagalan kerana di situlah terbentuknya ketahanan dan kematangan dalam berfikir. Dr. Muhammad Zamir ketika mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah semasa lawatan ke kilang SugarBomb di Meru, Klang. Inisiatif membudayakan STEM dalam kalangan pelajar sekolah. Pendedahan berkenaan STEM kepada pelajar sekolah. Edaran cecair sanitasi tangan setiap minggu kepada petugas barisan hadapan di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, ketika pandemik COVID-19.

BYDPA bukan sekadar satu pencapaian akademik, ia adalah tanggungjawab membawa maruah “The Crown” ke dalam bidang profesional. - Dr. Mohd Nazri Dr. Mohd Nazri semasa Majlis Penganugerahan BYDPA Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, Dr. Mohd Nazri sentiasa mengingati nasihat ibu bapanya bahawa pendidikan adalah kunci utama untuk mengubah nasib keluarga. Walaupun beliau mengakui penguasaan bahasa Inggeris semasa zaman sekolahnya hanyalah sekadar ‘cukup makan’, namun itu tidak menjadi satu halangan untuknya berimpian besar. Berbekalkan keputusan cemerlang dalam bidang kejuruteraan bioperubatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau telah ditawarkan BYDPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Kedoktoran di Oxford University dalam bidang mekanobiologi. Bidang ini merupakan satu bidang hibrid yang menggabungkan mekanik dan biologi bagi memahami bagaimana sel manusia bertindak balas terhadap simulasi mekanikal. Perjalanan Dr. Mohd Nazri sebagai penerima BYDPA bukan sekadar perjalanan menelusuri ilmu tetapi juga perjalanan mengenal potensi diri. Dr. Mohd Nazri bin Bajuri Menyatukan Bidang Mekanobiologi dan Kecerdasan Buatan 24

biasiswa yang di-pertuan agong Sekembalinya ke tanah air pada tahun 2017, Dr. Mohd Nazri membawa pulang lebih daripada sekadar segulung ijazah; beliau membawa falsafah human touch dalam setiap projek atau inovasi yang diterajui. Selepas beberapa tahun berkhidmat sebagai pendidik dan memegang jawatan strategik di syarikat gergasi seperti Ernst & Young (EY) and Kagool (sebuah syarikat perunding IT yang berpangkalan di UK), beliau menterjemahkan potensi diri melalui CitySage iaitu syarikat miliknya sendiri yang berasaskan kepada Kecerdasan Buatan (AI). Beliau mengaplikasikan kepakaran pengaturcaraan daripada mekanobiologi untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memacu perancangan bandar pintar (smart city) dan kelestarian alam. Beliau berjaya membawa masuk pelabur antarabangsa seperti Mitsubishi ke dalam pasaran tempatan. Langkah proaktif ini bukan sahaja melonjakkan ekonomi negara, malah mencipta peluang pekerjaan buat anak tempatan. Jika kita mencintai ilmu tanpa syarat, manfaatnya akan mengalir melebihi kertas kajian semata-mata. - Dr. Mohd Nazri Majlis graduasi di Oxford University Dr. Mohd Nazri bersama Penasihat Akademik, Profesor Dr. Richard Stone serta keluarga 25

26 Bagi Dr. Mohd Nazri, BYDPA bukan sekadar satu pencapaian akademik, ia adalah tanggungjawab membawa maruah “The Crown” ke dalam bidang profesional. Beliau menaruh harapan tinggi agar program BYDPA pada masa akan datang tidak hanya memfokuskan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), tetapi turut memperkasa bakat dalam bidang kemanusiaan, sains sosial, dan politik bagi melahirkan pembuat keputusan yang komprehensif di peringkat nasional. Nasihat beliau kepada generasi muda agar tidak hanya mengejar kecemerlangan akademik semata-mata, binalah rantaian jaringan yang luas dan teroka kebolehupayaan diri yang sebenar (self-actualization). Dunia hari ini memerlukan keseimbangan antara akademik dan sahsiah diri. Dr. Mohd Nazri bersama peserta-peserta Kursus Teknologi Kecerdasan Buatan Dalam Perancangan Bandar

27 biasiswa yang di-pertuan agong

28 Ts. Dr. Norshah Aizat, melangkaui sempadan disiplin ilmu dengan menyatukan dunia kejuruteraan bersama jiwa seni sastera, terutamanya dalam penulisan kreatif. Bermula dengan kecemerlangan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di University of Manchester, United Kingdom, beliau telah ditawarkan pengajian terus ke peringkat Kedoktoran di universiti yang sama. Walaupun pada ketika itu beliau mempunyai dua tawaran tajaan lain beserta jaminan pekerjaan tetap, beliau memilih BYDPA kerana menyedari nilai prestij dan keunggulan biasiswa ini. BYDPA melahirkan cendekiawan yang memiliki kebolehan “well-rounded” yang membolehkan mereka teguh menyumbang walau di mana jua mereka berada. - Ts. Dr. Norshah Aizat Ts. Dr. Norshah Aizat bin Shuaib Cendekiawan Holistik dan Multidimensi

29 biasiswa yang di-pertuan agong Beliau berjaya menemui cara mengitar semula bahan komposit yang kompleks dengan penggunaan sumber yang optimum. Dalam tempoh pengajian dua tahun sembilan bulan, perjalanan beliau mengharungi penyelidikan di bumi asing pada usia yang muda bukanlah satu fasa yang mudah. Beliau menjalankan penyelidikan berkaitan projek kelestarian berskala besar yang mengkaji inovasi kitar semula sisa bahan komposit karbon. Pembentukan jati diri terserlah apabila beliau diberi tanggungjawab untuk membentangkan hasil kajian kepada ahli akademik tersohor dalam bidang kejuruteraan pembuatan dan bahan. Hasil penyelidikan beliau membuktikan sisa industri yang sukar dilupuskan bukanlah satu pengakhiran, sebaliknya ia adalah peluang inovasi. Beliau berjaya menemui cara mengitar semula bahan komposit yang kompleks dengan penggunaan sumber yang optimum. Sisa industri tidak lagi dibuang, tetapi dikitar semula untuk kegunaan industri lain seperti automotif dan elektronik. Membentangkan tajuk kajian berkaitan penghasilan filamen untuk pencetakan 3D daripada sisa yang dikitar semula - 11 Mac 2023 Penglibatan dalam 9th Global Higher Education Forum 2025 - 5 Nov 2025

30 Dr. Norshah Aizat menolak tawaran untuk terus bekerja di luar negara, sebaliknya memilih untuk kembali berbakti kepada tanah air. Kerjaya sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membolehkan beliau meneruskan penyelidikan dalam bidang yang sama di Malaysia. Berbekalkan pengalaman di UK, beliau memulakan penyelidikan yang mencabar, dengan mengambil kira landskap kesedaran kitar semula di Malaysia masih belum begitu meluas dan fasiliti teknologi yang terhad. Kepakaran beliau dalam penilaian kitar hayat juga dimanfaatkan dengan membantu pelbagai organisasi dalam menguruskan sumber dengan baik. Beliau turut menghasilkan inovasi pencetakan 3D bagi sisa industri di Malaysia. Di peringkat antarabangsa, beliau terpilih mewakili negara ke Jordan dalam penyelidikan berkaitan inisiatif pengurangan pelepasan gas rumah hijau. Sifat kepimpinan beliau tidak dinafikan apabila beliau diberikan kepercayaan oleh pengurusan tertinggi UniMAP untuk memegang jawatan pentadbiran pada usia seawal 29 tahun, termasuklah sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Pelajar dan Ketua Bahagian Promosi dan Pemasaran. Anugerah Emas Pembentang Terbaik Global Higher Education Forum (GHEF) 2025 Penglibatan dalam program Quality Improvement for Young Science And Technology Teachers from ASEAN Countries di Ningbo, China - 15 Dis 2024 Penglibatan sebagai pengendali kursus AI Hasanah Special Grant untuk pelajar sekolah rendah dan menengah - Oktober 2024

31 biasiswa yang di-pertuan agong Pengetahuan luas Dr. Norshah Aizat berhubung hal ehwal pelajar dan penulisan membolehkan beliau terlibat dalam pembangunan modul Problem Oriented Project Based Learning (POPBL) yang dimanfaatkan oleh guru-guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia. Sebagai pendidik yang berjiwa inovator, beliau telah mengasaskan Komuniti Pendidik Moden (KPMod), sebuah platform digital yang memberikan bimbingan percuma mengenai kaedah pengajaran kreatif, Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Usaha murni ini telah melayakkan beliau merangkul anugerah Outstanding E-Community Award daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2025. Di sebalik kejayaan dalam sains dan teknologi, Dr. Norshah Aizat turut menyumbang bakti sebagai seorang sasterawan yang telah memenangi anugerah Hadiah Sastera Selangor dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan melalui karyanya - I’m A Backpacker: United Kingdom, Awas! Jurutera di Hadapan, Izrail Sibuk di Gaza dan banyak lagi. Bagi beliau, BYDPA melahirkan cendekiawan yang memiliki kebolehan “well-rounded” yang membolehkan mereka teguh menyumbang walau di mana jua mereka berada. Pesanan beliau kepada generasi muda supaya tidak hanya mengejar kejayaan akademik semata-mata, sebaliknya turut melibatkan kemahiran lain. Setiap pelajar perlu menghargai kemampuan dan minat diri, seterusnya menjadikannya sebagai batu loncatan untuk berjaya dalam alam pekerjaan nanti Bersama modul POPBL subjek RBT untuk sekolah rendah dan menengah - 9 Oktober 2024 Penglibatan dalam Attarat Power Company (APCO) Research Mobility di Jordan - 7 Ogos 2023 Penglibatan Sebagai Ketua Satu Angkatan Sasterawan Indera Perlis (AKSARA)

Bermula dengan kecemerlangan dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya melayakkan diri untuk mengikuti program dwiijazah di Jerman di bawah tajaan The German Academic Exchange Service (DAAD). Rentetan kecemerlangan ini diteruskan apabila beliau ditawarkan pengajian di peringkat Kedoktoran (fast-track) dalam bidang Pemprosesan Isyarat (Signal Processing) di Universiti Malaya. Beliau terpaksa membahagikan masa bekerja sebagai Pembantu Penyelidik untuk menampung pengajian. BYDPA memberi titik perubahan dalam hidupnya dengan menamatkan kemelut kewangan yang dihadapinya dan membolehkan beliau memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dan penyelidikan. ....program ini sebagai instrumen penting yang memberi peluang saksama kepada pelajar cemerlang daripada keluarga kurang berkemampuan untuk terus mengejar impian tanpa prejudis. - Dr. Sai Chong Yeh Dr. Sai semasa Majlis Penganugerahan BYDPA Dr. Sai Chong Yeh Merealisasikan Misi “AI for Everyone“ 32

biasiswa yang di-pertuan agong ...misi utama Dr. Sai adalah untuk memastikan kehebatan teknologi canggih ini dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, bukannya sekadar monopoli syarikat gergasi. Sejurus tamat pengajian, Dr. Sai membina kerjaya sebagai jurutera dan mengemudi salah satu projek infrastruktur IT terbesar di Malaysia. Selepas 5 tahun, beliau mengorak langkah berani dengan menubuhkan syarikat sendiri, Ever AI Technologies. Terdorong oleh falsafah murni untuk “mendemokrasikan AI”, misi utama Dr. Sai adalah untuk memastikan kehebatan teknologi canggih ini dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, bukannya sekadar monopoli syarikat gergasi. Kepakaran penyelidikan beliau dalam Machine Learning telah membuahkan hasil ciptaan platform AI tanpa kod (no-code AI platform). Inovasi ini membolehkan individu dan perniagaan, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) membina dan menggunakan model machine learning tanpa memerlukan kepakaran teknikal mendalam, sejajar dengan misi “AI for Everyone”. Inovasi ini meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan membolehkan PKS tempatan yang sebelum ini tidak mampu melabur dalam AI turut menikmati manfaat daripada teknologi tersebut. Ever AI Technologies menyertai pameran di Cradle Startup ASEAN Summit 2025 Ever AI Technologies menyertai program pameran teknologi National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) 33

Sumbangan Dr. Sai kepada negara tidak terhenti pada kejayaan komersial semata-mata. Ketika negara dilanda pandemik, beliau membangunkan platform Ever PdPR yang dilengkapi ciri-ciri berasaskan AI untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian buat para guru, pelajar, dan ibu bapa. Dengan rasa tanggungjawab sosial yang tinggi, beliau juga menganjurkan inisiatif seperti School Ever AI dan kelas pengaturcaraan percuma buat komuniti B40, yang mana usaha ini telah berjaya melatih dan memberi pendedahan teknologi AI kepada lebih 40,000 orang pelajar dan profesional di Malaysia. Teknologi dan inovasi ciptaan beliau telah mengangkat inovasi AI tempatan ke pentas dunia dan mendapat pengiktirafan meluas, termasuk memenangi geran CIP SPARK dan CIP SPRINT daripada Cradle Fund (MOSTI), merangkul anugerah Ernst & Young (EY) Foundry Award bagi kategori Services of Tomorrow (ASEAN region) serta dinobatkan tempat pertama di Japan Expo Malaysia 2025 sekali gus dipilih mewakili Malaysia ke Expo 2025 Osaka, Jepun. Dr. Sai semasa menyertai ASEAN-Korea Startup Innovation Week di Seoul, Korea. Menyertai Plug and Play China Cross-Border Program di Shanghai, China Ever AI Technologies terpilih mewakili Malaysia ke Japan Osaka Expo 2025 Menerima Excellent Award di Guangzhou International Startup Competition 2025

biasiswa yang di-pertuan agong 35 Bagi Dr. Sai, BYDPA bukan sekadar bantuan pendidikan, tetapi sebuah wadah untuk memartabatkan keadilan sosial dan melahirkan pewaris kepimpinan negara yang berkualiti. Beliau melihat program ini sebagai instrumen penting yang memberi peluang saksama kepada pelajar cemerlang daripada keluarga kurang berkemampuan untuk terus mengejar impian tanpa prejudis. Nasihat beliau kepada generasi muda supaya tetapkan matlamat yang jelas, berusaha tanpa jemu, dan jangan sesekali menyerah kalah pada saat berdepan onak dan duri. Beliau menegaskan bahawa kejayaan dalam akademik dan kerjaya memerlukan disiplin, kesungguhan, dan sikap untuk terus belajar. Yang paling penting, setiap kejayaan harus digunakan untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara. Perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung Teknologi Berkembar Digital (Digital Twin Technology - DTT) Dr. Sai menghadiri Technical Exchange Meeting di Global Engineering and Technology Link Program (GET-LINK) Mendapat tempat pertama (Malaysia Startup League) di Japan Expo Malaysia 2025

36 Encik Heng Wei Khang merupakan salah seorang permata negara yang telah mendedikasikan jiwa dan kepakarannya kepada pemuliharaan biodiversiti marin Malaysia. Bermula dengan Ijazah Sarjana Muda Biologi Marin di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), beliau pada awalnya menelusuri laluan kerjaya yang berbeza selama empat tahun di dalam industri yang sama sekali tidak berkaitan dengan alam sekitar. Namun, panggilan jiwanya terhadap kelestarian alam sangat kuat, mendorong beliau untuk kembali menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Sains Marin di Universiti Malaya (UM). Menyambung semula pengajian setelah empat tahun bekerja merupakan cabaran buat Encik Heng yang perlu menguasai dan membiasakan diri semula dengan kaedah penyelidikan ekologi yang baharu. Tambahan pula, kajian ekologi lautannya menuntut pengorbanan masa dan ketekunan yang tinggi, di mana pengumpulan data kerja lapangan merentas musim memakan masa lebih daripada dua tahun. Dalam fasa kritikal ini, iaitu pada tahun 2017, beliau dianugerahkan BYDPA yang telah memberikan sokongan kewangan dan semangat untuk terus fokus kepada pengajian dan penyelidikan. ...Program BYDPA dapat diperkasakan lagi dengan sistem sokongan dan laluan kerjaya (direct pathway) untuk menyerap bakat-bakat berprestasi tinggi ke dalam sektor kerajaan mahupun industri strategik negara. - Encik Heng Wei Khang Majlis Konvokesyen Universiti Malaya bagi pengajian peringkat Sarjana En. Heng Wei Khang Memelihara Khazanah Lautan, Membangunkan Biodiversiti Negara

biasiswa yang di-pertuan agong Encik Heng melakar sejarah dengan menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila beliau menjadi salah seorang daripada hanya tiga individu di seluruh dunia yang terpilih menerima anugerah Global Fellowship in Marine Conservation daripada Duke University, Amerika Syarikat. Kecemerlangan beliau terus bersinar apabila beliau diiktiraf sebagai National Geographic Explorer berserta geran penyelidikan bernilai USD20,000 untuk penyelidikan berkaitan spesies terancam seperti dugong dan penyu. Bukan itu sahaja, kecerdasan beliau terbukti apabila beliau menerima anugerah Poster Pelajar Terbaik di Asia Pacific Coral Reef Symposium. Beliau kini meneruskan pengajiannya di peringkat Kedoktoran secara sepenuh masa di University of Queensland, Australia. Ilmu sains marin harus diterjemahkan kepada pelan tindakan yang mampu melindungi ekosistem negara. - Encik Heng Wei Khang Semasa pembentangan di World Seagrass Conference. Encik Heng semasa melaksanakan penyelidikan berkaitan rumput laut.

38 Bagi Encik Heng, ilmu sains marin harus diterjemahkan kepada pelan tindakan yang mampu melindungi ekosistem negara. Hasil penyelidikan Sarjana beliau mengenai haiwan mamalia terancam secara langsung telah menyumbang kepada inisiatif pemuliharaan dan pengurusan santuari dugong di Perairan Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, Johor. Hasil penyelidikannya juga telah menjadi asas kepada pengiktirafan antarabangsa terhadap perairan Kepulauan Mersing sebagai salah satu Kawasan Mamalia Laut yang penting di dunia. Semasa di Makmal Marin, Universiti Duke

39 biasiswa yang di-pertuan agong Rasa tanggungjawab yang mendalam untuk mendidik masyarakat telah mendorong Encik Heng untuk menubuhkan Inisiatif Pemuliharaan Laut dan Megafauna (SeaMeg). Menerusi inisiatif ini, beliau menggabungkan teknologi dron dan Environmental DNA (eDNA) untuk mengkaji spesies yang sukar ditemui seperti dugong dan penyu. Inisiatif ini menjelaskan strategi pemuliharaan spesies marin yang terancam kepada pihak-pihak yang berkaitan. Beliau juga giat mempromosikan pendidikan sains marin melalui program ceramah di sekolah-sekolah seluruh Lembah Klang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Menyedari kepentingan memupuk minat pendidikan sains marin dalam kalangan semua golongan masyarakat, Encik Heng menerbitkan sebuah buku bergambar yang bertemakan lautan dan perubahan iklim. Beliau berharap agar Program BYDPA dapat diperkasakan lagi dengan sistem sokongan dan laluan kerjaya (direct pathway) untuk menyerap bakat-bakat berprestasi tinggi ke dalam sektor kerajaan mahupun industri strategik negara. Beliau meyakini langkah ini dapat mengekalkan permata yang mahir untuk berkhidmat di dalam negara. Beliau juga menyarankan agar biasiswa ini diperluaskan kepada bidang-bidang teknikal baharu yang kritikal, seperti marine conservation planning, bagi melahirkan pakar perancang negara yang komprehensif dan holistik.

Dr. Ooi Sock Theng, seorang saintis dan penyelidik di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) membuktikan bahawa permulaan yang sederhana bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan di peringkat tertinggi. Dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahap sederhana, beliau menyambung pengajian peringkat Diploma di Politeknik Shah Alam. Berbekalkan disiplin yang tinggi, beliau meraih keputusan cemerlang di peringkat Diploma dan seterusnya menimba pengalaman bekerja di Intel, Pulau Pinang. Menyedari pendidikan adalah satu-satunya jalan untuk mengubah kehidupan, beliau melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan penajaan JPA. Menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama telah membuka jalan untuk pengajian seterusnya di peringkat Sarjana di University of Bradford, United Kingdom juga dengan tajaan JPA. Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau berkhidmat di Agensi Angkasa Malaysia sebagai Pegawai Penyelidik. Dari sudut perkembangan ilmu, penyelidikan ini menyumbang kepada penerokaan teknik baharu dalam memaksimumkan kapasiti frekuensi sedia ada agar lebih efisien. - Dr. Ooi Sock Theng Menerima Anugerah Kertas Terbaik di 3rd International Conference on Electrical, Electronic, Communication and Control Engineering Tahun 2018 Dr. Ooi Sock Theng Saintis dan Penyelidik Teknologi Angkasa 40

biasiswa yang di-pertuan agong Dr. Ooi melihat kepentingan untuk mengkaji kaedah pengurusan dan penggunaan kapasiti frekuensi dengan cekap memandangkan spektrum frekuensi merupakan sumber semula jadi yang terhad. Dengan bantuan penajaan BYDPA, beliau memberikan fokus kepada penyelidikan tersebut yang memberi impak kepada evolusi teknologi masa kini. Perkembangan ekosistem Internet of Things (IoT) dan komunikasi tanpa wayar amat bergantung kepada ketersediaan frekuensi yang stabil dan luas. Dari sudut perkembangan ilmu, penyelidikan ini menyumbang kepada penerokaan teknik baharu dalam memaksimumkan kapasiti frekuensi sedia ada agar lebih efisien. Ia bukan sahaja menyokong infrastruktur komunikasi yang lebih pantas dan pintar, malah memacu pertumbuhan ekonomi digital serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global dalam mendepani revolusi industri masa hadapan. Mengimbau perjalanan pengajian Kedoktorannya, Dr. Ooi memilih untuk berulang-alik memandu setiap hari dari Klang ke Kuala Lumpur demi fokus terhadap penyelidikannya. Namun, beliau diuji apabila pandemik COVID-19 melanda dunia dengan fasa kawalan pergerakan untuk beberapa ketika. Keadaan tersebut amat menguji kerana penyelidikannya sangat bergantung kepada kemudahan di universiti yang tidak dapat diakses. Ketidakpastian ini menuntut beliau untuk lebih kreatif dan adaptif dalam menguruskan metodologi kajian agar tidak terhenti sepenuhnya. Dengan kecekalan dan keupayaan mengatasi kekangan emosi dan fizikal, beliau berjaya menamatkan pengajian Kedoktoran. Dr. Ooi semasa pembentangan kertas penyelidikan di 41st American Institute of Aeronautics and Astronautics (AIAA) Working Group on Dynamic Space Simulation di USA 41

42 Di MYSA, kepakaran beliau diterjemahkan melalui peranan kritikal di Stesen Bumi, khususnya dalam aspek Telemetry, Tracking, and Command (TT&C) yang menjadi nadi komunikasi antara bumi dan satelit. Selain itu, komitmen beliau di makmal Ujian Getaran (Vibration Testing), pusat Assembly, Integration & Testing (AIT) bukan sahaja memberi sokongan kepada misi satelit sedia ada, malah menyediakan kemudahan ujian simulasi getaran bagi syarikat tempatan untuk mengesahkan ketahanan komponen teknologi mereka, sekali gus memperkasakan ekosistem kejuruteraan berteknologi tinggi di Malaysia. Beliau turut memegang amanah sebagai Ketua Projek bagi Projek LX-STAR di bawah kerjasama MYSA dan UNITEN dalam usaha membina masa depan industri angkasa di negara ini. Inisiatif ini merangkumi pembangunan pelan induk Antenna Farm di Banting untuk menarik pelaburan industri stesen bumi, serta pembangunan silibus pendidikan bagi melahirkan graduan kejuruteraan yang berkemahiran tinggi. Bagi Dr. Ooi, BYDPA merupakan amanah dan pengiktirafan yang telah menyuntik semangat untuk beliau berjaya mengharungi pengajian dan penyelidikan sehingga mampu memegang tanggungjawab strategik dalam pembangunan teknologi angkasa. Beliau meletakkan harapan yang tinggi agar program BYDPA terus melahirkan rantaian pakar serta modal insan yang berintegriti untuk memastikan pemindahan ilmu yang berterusan demi kelestarian masa depan negara. Beliau mengingatkan generasi akan datang supaya jangan sesekali takut untuk mengambil “jalan jauh”. Kadangkala proses yang mencabar itulah yang sebenarnya akan memahat jati diri yang sejati. Penglibatan dalam penilaian teknikal Program Jurutera Angkasa Muda sempena Minggu Sains Negara 2024

43 biasiswa yang di-pertuan agong Pembentangan di The 8th ASEAN Ground Station Experts Exchange Workshop pada September 2024

Sejak di bangku sekolah, minat Dr. Harishini terhadap bidang sains mula terserlah dan membawa kepada pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau terus mengukuhkan asas akademiknya di Kolej Matrikulasi Selangor dan kemudian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Bioperubatan. Rekod prestasinya yang cemerlang telah melayakkan beliau ditawarkan program fast-track bagi pengajian Kedoktoran dalam bidang imunologi di universiti yang sama dengan penajaan BYDPA. Perjalanan Kedoktoran beliau penuh rintangan apabila kerja-kerja penyelidikan makmal terpaksa ditangguhkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19. Beliau juga diuji dengan pelbagai cabaran teknikal di makmal seperti insiden kematian tikus makmal secara tiba-tiba, kelewatan penerimaan bahan kimia serta kesukaran mendapatkan keyakinan pesakit sebagai peserta kajiannya. Namun, kecekalan Dr. Harishini terserlah apabila beliau sanggup mempelajari dialek bahasa Melayu Kelantan demi memupuk keserasian serta membina keyakinan dalam kalangan pesakit di pantai timur terhadap kajian perubatan yang sedang dilaksanakannya. BYDPA mempunyai keberkesanan ampuh dalam merangka pemimpin masa depan. - Dr. Harishini Dr. Harishini semasa Majlis Penganugerahan BYDPA Dr. Harishini A/P Rajaratinam Mutiara dalam Medan Imunologi 44

biasiswa yang di-pertuan agong Penyelidikan Dr. Harishini memfokuskan kepada diagnosis kanser payudara menggunakan prinsip imunologi, iaitu sistem pertahanan badan manusia. Pencapaian paling bermakna dalam kajian beliau adalah kejayaan membangunkan prototaip kit pengesanan antibodi (anti-nNav1.5-Ab) melalui sampel darah pesakit yang terkait langsung dengan kanser payudara. Inovasi dan penyelidikan ini bukan sahaja memainkan peranan kritikal dalam mempercepatkan proses diagnosis serta pengesanan awal penyakit kanser, malah berpotensi besar untuk menjana ekonomi negara menerusi pengkomersialan teknologi kesihatan. Beliau telah dinobatkan Best Postgraduate Student Award di USM, di samping memenangi anugerah Pembentang Lisan dan Poster Terbaik dalam pelbagai persidangan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Majlis Konvokesyen di USM bagi pengajian Kedoktoran Menerima Anugerah Pelajar Pascasiswazah Terbaik, Fakulti Sains Kesihatan, USM pada tahun 2022 45

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy