JPA Daily Buzz - Edisi 7 2026

m/s 2 Tidak mengapa kalau penat. Tidak mengapa kalau buat silap. Tidak mengapa kalau tiada arah tujuan buat seketika. Tidak mengapa kalau rumah, bilik, fikiran dan hari-hari kita terasa serabut. Kita bukan gagal. Kita bukan ketinggalan. Kita bukan hancur atau musnah. Kita hanya manusia biasa yang sedang cuba memahami kehidupan. Jadi, overthinking mungkin kerjaya sepenuh masa saya. Namun, saya sedang belajar untuk “ clock out ” sekali-sekala. Ambil masa dan beri ruang untuk “bernafas”, menghargai diri sendiri dan sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa bukan semua perkara perlu saya faham dan selesaikan pada hari ini. Kerana proses untuk sembuh, berkembang dan menjadi lebih baik? Itu merupakan projek jangka masa panjang dan bukannya terikat denganmana-mana tarikh luput . Tiada siapa yang sempurna. Terima kasih kepada Encik Mas Aidiff bin Mas’ut atas perkongsian pandangan. Saya sangat menghargainya. Salam mesra, RAJA NURUL HASLIZA BINTI RAJA AZMAN Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Adakalanya saya bukan sekadar berfikir, saya overthink , saya lakonkan semula supaya ianya lebih dramatik dan saya campur aduk emosi tersebut untuk setiap perkara . Antara soalan-soalan pelik yang selalu berlari- berlari dalam fikiran saya adalah: Kenapa rumah saya sentiasa bersepah? Kenapa macam tiada orang boleh tolong? Eh, bunyi apa tu? Cukup bagus ke usaha saya hari ini? Adakah saya seorang yang produktif atau pura-pura nampak sibuk? Adakah saya seorang yang gagal atau saya masih di fasa pembangunan karakter? Mengapa saya suka meletakkan harapan yang tinggi kepada sesuatu perkara, dan merasa kecewa apabila ianya tidak dicapai? Dan mengapa saya perlu overthink SEMUA benda, termasuklah ayat ini? Kadang-kadang saya rasa seolah-olah bersaing dengan versi diri saya sendiri yang tak pernah penat, tak berlengah, dan kehidupan yang sangat sempurna. Sedangkan versi sebenar diri saya adalah seorang cuba bertahan tanpa mempersoal setiap perkataan yang saya tuturkan. Malahan, nak pilih makan tengah hari apa pun sudah sangat mencabar. Namun, ini hakikat yang saya kena terima: Overthinking tidak akan menjadikan saya baik, hanya akan buat saya lebih letih . Saya belajar bahawa refleksi diri sepatutnya bantu saya untuk berkembang, bukan buat saya menilai dan mengkritik diri sendiri secara berlebihan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy