JPA Daily Buzz - Edisi 36 2026

m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Bagi ramai rakyat Malaysia, Aidilfitri bermaksud satu perkara yang sangat dinanti-nantikan — BALIK KAMPUNG . Lebuh raya mula sesak. Tiket kereta api cepat habis dan lapangan terbang dipenuhi dengan penumpang yang ingin pulang beraya bersama keluarga. Apabila menaiki kapal terbang, ramai penumpang mempunyai tempat duduk kegemaran. Ada yang suka tempat duduk di lorong supaya mudah bergerak. Ada yang duduk di tengah apabila melancong bersama keluarga. Tetapi ramai juga yang paling gemar satu tempat iaitu tempat duduk di tepi tingkap . Lagipun, dari situ kita boleh menikmati pemandangan indah di atas awan. Kadang-kadang, jika bernasib baik, kita juga boleh melihat matahari terbit dari ketinggian puluhan ribu kaki. Namun ketika menikmati pemandangan tersebut, pernahkah kita perasan sesuatu? Tingkap kapal terbang sentiasa berbentuk bulat atau lonjong . Tidak pernah berbentuk segi empat. Pernahkah kita terfikir kenapa? Bukankah jurutera boleh sahaja mereka bentuk tingkap segi empat jika mahu? Sebenarnya, sebabnya bukan kerana reka bentuk atau kecantikan. Sebabnya ialah keselamatan . Edisi 36/ 2026 26 Mac 2026 Kenapa Tingkap Kapal Terbang Kenapa Tingkap Kapal Terbang Tidak Bersudut? Tidak Bersudut?

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy