JPA Daily Buzz - Edisi 31 2026

m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Apabila Hari Raya semakin hampir, ada satu pengumuman yang sentiasa dinantikan oleh rakyat Malaysia. “Anak bulan telah kelihatan…” Atau kadangkala: “Anak bulan tidak kelihatan.” Pengumuman ringkas itu akan menentukan bila seluruh negara akan menyambut Hari Raya. Namun pernahkah kita terfikir mengapa? Mengapa kita masih perlu melihat anak bulan untuk menentukan awal Syawal, sedangkan kebanyakan negara lain hanya merujuk kepada kalendar? Bagaimana sebenarnya proses ini dilakukan? Dalam Islam, permulaan bulan dalam kalendar Islam ditentukan melalui kemunculan anak bulan, atau hilal . Kalendar Islam ialah kalendar lunar, iaitu kalendar yang berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi, bukan peredaran matahari seperti kalendar Masihi. Satu bulan lunar biasanya mempunyai 29 atau 30 hari, bergantung kepada bila anak bulan mula kelihatan selepas fasa bulan baharu. Amalan ini bermula daripada ajaran Nabi Muhammad SAW, di mana umat Islam diperintahkan untuk memulakan puasa dan mengakhiri puasa berdasarkan penglihatan anak bulan. Edisi 31/ 2026 16 Mac 2026 Mengapa Kita Masih Melihat Anak Bulan Untuk Menentukan Hari Raya?

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy