JPA Daily Buzz - Edisi 3 2026

m/s 3 Jabatan Audit Negara memegang jawatan pengerusi bagi Kumpulan Kerja ASOSAI mengenai Audit Syarikat Milik Negara (WGSOEA) dan Kumpulan Kerja INTOSAI mengenai Audit Susulan (WGFA). Menerusi peranan kepimpinan ini, JAN menerajui pembangunan metodologi audit global dan prosedur susulan audit yang standard bagi memperkasakan akauntabiliti sektor awam di peringkat antarabangsa. Kesimpulan . Bermula daripada penubuhan yang penuh bersejarah pada tahun 1906 sehingga mencapai kedudukan semasa sebagai sebuah institusi audit yang dihormati dan berteraskan pendigitalan, JAN kekal teguh dan konsisten dalam melaksanakan misinya. Menjelang ulang tahun penubuhannya yang ke- 120, Jabatan Audit Negara terus menjadi sandaran dan harapan rakyat sebagai penjaga amanah serta integriti kewangan negara. Selamat Ulang Tahun Ke-120 Kecemerlangan kepada Jabatan Audit Negara Malaysia! Shamsul Shamdin C.A(M), ACPA Ketua Audit Dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy