JPA Daily Buzz - Edisi 27 2026
m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Saya suka mengembara. Sebenarnya, minat mengembara sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya sejak kecil. Ketika saya baru berumur satu bulan, arwah ibu membawa saya menaiki penerbangan pertama dari Malaysia ke Singapura . Dari situlah bermulanya tradisi keluarga kami. Setiap kali cuti sekolah, kami akan pergi ke tempat baharu mengenali tempat, budaya dan pengalaman yang berbeza. Apabila meningkat dewasa, perjalanan dan lapangan terbang menjadi sesuatu yang biasa bagi saya. Ketika saya berumur 18 tahun , saya memutuskan untuk cuba mengembara secara solo. Pada mulanya bapa agak keberatan. Seperti kebanyakan ibu bapa, idea anak mereka mengembara seorang diri mungkin sedikit merisaukan. Namun akhirnya beliau bersetuju dengan satu syarat. Jika beliau menelefon, saya mesti menjawab panggilan itu. Telefon hanya boleh berbunyi tiga kali . Jika lebih daripada tiga kali tanpa jawapan, beliau bergurau bahawa beliau akan datang menjemput saya pulang dengan segera. Alhamdulillah, perkara itu tidak pernah berlaku. Sepanjang perjalanan hidup saya, mengembara telah mengajar banyak perkara, tentang manusia, budaya, perspektif dan kepelbagaian dunia. Namun kisah hari ini sebenarnya bukan tentang perjalanan saya. Ia tentang sesuatu yang membolehkan manusia mengembara selama berabad-abad. Peta. Edisi 27/ 2026 10 Mac 2026 Peta Dunia Yang Pertama
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy