JPA Daily Buzz - Edisi 23 2026

m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Bayangkan jika sesuatu yang hidup dari 32,000 tahun lalu boleh kembali berbunga pada zaman kita hari ini. Kedengaran seperti cerita fiksyen sains, tetapi perkara ini sebenarnya pernah berlaku dalam dunia penyelidikan saintifik. Pada tahun 2012 , sekumpulan saintis dari Rusia berjaya menumbuhkan semula sejenis tumbuhan purba yang dikenali sebagai Silene stenophylla . Tumbuhan ini ditemui dalam keadaan membeku di kawasan permafrost (tanah kekal beku) Siberia, iaitu lapisan tanah yang kekal beku sepanjang tahun. Menariknya, bahan tumbuhan ini bukan ditemui secara rawak. Ia sebenarnya ditemui di dalam sarang tupai purba dari zaman Ice Age . Pada masa dahulu, tupai tanah Artik sering menyimpan biji dan tumbuhan sebagai bekalan makanan di dalam lubang bawah tanah. Apabila kawasan tersebut membeku selama puluhan ribu tahun, bahan tumbuhan itu turut terpelihara dengan sangat baik. Para penyelidik menemui bahan tumbuhan tersebut tertanam kira-kira 38 meter di bawah permukaan tanah berhampiran Sungai Kolyma di Siberia. Suhu permafrost yang sangat rendah membantu menghalang pereputan sel selama ribuan tahun, sekali gus menjadikan bahan biologi tersebut berada dalam keadaan yang masih boleh dikaji. Walaupun kebanyakan biji yang ditemui telah rosak, para saintis berjaya mengekstrak tisu hidup daripada benih yang masih belum matang. Melalui teknik makmal yang dikenali sebagai kultur tisu tumbuhan, sel- sel tersebut dibiakkan dalam persekitaran steril sehingga akhirnya tumbuhan baharu berjaya dihasilkan. Edisi 23/ 2026 5 Mac 2026 Bunga yang berusia 32,000 tahun akhirnya kembali mekar daripada benih yang pernah disembunyikan oleh seekor tupai ketika Zaman Ais. Imej bunga ini hanyalah sebagai hiasan. Gambar bunga sebenar tidak dapat digunakan kerana isu hak cipta.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy