JPA Daily Buzz - Edisi 13 2026
m/s 1 Dia tidur dengannya. Diamakan bersamanya. Dia bermain dengannya. Diamemeluknya erat. Setiap kali dia takut atau gelisah, dia akan kembali memeluk patung itu. Dia membawanya ke mana sahaja. Patung “ibu” itu menjadi sauh emosinya. Dunia melihat… lalu jatuh cinta. Kalau sejak kebelakangan ini anda nampak video seekor anak monyet viral di media sosial dan tertanya-tanya, “Kenapa semua orang kongsi cerita ni?”, inilah kisahnya. Beberapa hari selepas dilahirkan, seekor anak macaque bernama Punch telah ditinggalkan oleh ibunya di Zoo Ichikawa City, Jepun. Dia diselamatkan oleh penjaga zoo, kecil, rapuh, dan sendirian. Ketika berusia kira-kira seminggu, penjaga zoo memberinya sesuatu yang ringkas tetapi penuh makna: sebuah patung mainan orang utan yang besar, supaya dia tidak berasa terlalu sunyi. Punch melakukan sesuatu yang menyentuh hati ramai orang. Dia memperlakukan patung itu seperti ibunya. Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Edisi 13/ 2026 20 Februari 2026 Punch-kun dan Patung Mainan: Mengapa Satu Dunia Jatuh Cinta Barisan pengunjung semakin panjang di zoo tersebut kerana orang ramai datang untuk memberi sokongan kepada Punch- kun, gelaran manja yang diberikan kepadanya. Tetapi orang tidak datang hanya kerana dia comel. Mereka datang kerana mereka melihat sesuatu yang sangat manusiawi. Punch-kun mengingatkan kita tentang satu perkara yang jarang kita akui iaitu apabila kita terluka di awal kehidupan, kita akan mencari sesuatu atau apa sahaja yang membuatkan kita rasa selamat semula. Ada yang berpaut pada seseorang, rutin tertentu, kenangan, doa, ruang yang selesa dan kebiasaan tertentu. Punch berpaut pada patung mainan dan ia berkesan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy