Background Image
 1 / 6 Next Page
Information
Show Menu
1 / 6 Next Page
Page Background

LAPORAN PROGRAM SEMARAKKAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

DI MIRI, SARAWAK PADA 14 JUN 2014

Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan

Sarawak, INTAN Wilayah Sarawak, MAMPU Cawangan Sarawak dan Pejabat

Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Semarakkan

Transformasi Perkhidmatan Awam di Miri, Sarawak Pada 14 Jun 2014.

Program antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penjawat awam

mengenai transformasi perkhidmatan awam sejajar dengan agenda transformasi negara,

mewujudkan platform perkongsian agenda transformasi perkhidmatan awam secara terus

kepada penjawat awam menerusi sesi interaktif dan memperkukuhkan kolaborasi strategik

dan rangkaian perhubungan antara JPA dan agensi perkhidmatan awam di peringkat

persekutuan dan negeri serta kerajaan tempatan.

Program Semarakkan Transformasi kali ini terbahagi kepada empat sesi seperti berikut:

(i)

Seminar Cabaran dan Hala Tuju Transformasi Perkhidmatan Awam bagi Ketua-

Ketua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri Sarawak

Seminar Cabaran dan Hala Tuju Transformasi Perkhidmatan awam Bagi Ketua Jabatan

dan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri Sarawak telah diadakan di Sarawak Grand

Ballroom, Miri Marriot Resort & Spa pada 14 Jun 2014.

Seminar yang telah dihadiri seramai 435 peserta dari 201 buah jabatan dan agensi di

Negeri Sarawak ini telah dikendalikan secara kolaborasi oleh pegawai-pegawai dari

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), INTAN Kampus Wilayah Sarawak (INSARA), Pejabat

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Projek (ICU) dan

MAMPU.

Seminar ini dilaksanakan dalam tiga sesi iaitu Sesi Perkongsian Transformasi

Perkhidmatan Awam oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPA, Sesi Interaksi JPA dengan Ketua-ketua

Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri Sarawak serta Sesi Pembentangan