KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 1999


 BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN

 

    TUJUAN

  1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi insentif kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) PT(P/O) yang menjalankan tugas dalam bidang kewangan dan Pembantu Akauntan.
  2. LATAR BELAKANG

  3. Kerajaan telah memutuskan untuk memberi Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas dalam bidang kewangan. Keputusan Kerajaan membayar BITK adalah sebagai galakan kepada PT(P/O) dan Pembantu Akauntan untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang tugas pengurusan kewangan.
  4. PELAKSANAAN

    Kelayakan

  5. PT(P/O) yang layak dibayar BITK adalah mereka yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa dalam bidang berikut –
      1. Pengurusan dan Kawalan Belanjawan;
      2. Pengurusan Kewangan Am;
      3. Pengurusan Terimaan;
      4. Pengurusan Perolehan Kerajaan;
      5. Pengurusan Bayaran Emolumen;
      6. Pengurusan Pembayaran;
      7. Pengurusan Akaun; dan
      8. Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman

     

  6. Tugas yang terlibat dengan bidang kewangan di perenggan 3 di atas adalah seperti di Lampiran A. Penjelasan lanjut berhubung dengan bidang tugas berkenaan boleh dirujuk kepada Jabatan Akauntan Negara.
  7. PT(P/O) dan Pembantu Akauntan lantikan kontrak dan sementara yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa dalam bidang seperti yang dinyatakan di perenggan 3 juga layak dibayar BITK.

    Pertimbangan Khas

  8. Pegawai Pengawal boleh menimbang dan meluluskan bayaran BITK kepada PT(P/O) yang ditempatkan bertugas bersendirian di pejabat kecil dan menjalankan tugas dalam bidang kewangan seperti di perenggan 3 di atas di samping menjalankan tugas lain.
  9. Kadar

  10. BITK dibayar di atas kadar berikut –
      1. RM40.00 sebulan kepada PT(P/O) dan Pembantu Akauntan yang tidak mempunyai sijil; dan
      2. RM80.00 sebulan kepada PT(P/O) dan Pembantu Akauntan yang mempunyai sijil.

  11. Bagi tujuan memperolehi sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, PT(P/O) dan Pembantu Akauntan perlu menduduki dan lulus pepereksaan yang dikendalikan oleh Jabatan berkenaan..
  12. Peraturan

  13. PT(P/O) dan Pembantu Akauntan yang dibayar BITK tetapi meninggalkan tugasnya selama 28 hari dan lebih secara berturut-turut tidak layak dibayar bayaran insentif berkenaan bagi tempuh tersebut. Walau bagaimanapun, pengecualian diberi kepada mereka yang meninggalkan tugasnya bagi tempuh yang tidak melebehi 92 hari berturut-turut termasuk hari kelepasan mingguan dan kelepasan am, dalam keadaan berikut –

      1. Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan;
      2. Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan; dan
      3. Bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit mengikut Perintah Am Bab ‘C’.

  14. BITK dibayar secara proportionate bagi PT(P/O) dan Pembantu Akauntan yang tidak bertugas genap sebulan.
  15. TARIKH KUATKUASA

  16. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 1999.
  17. PEMAKAIAN

  18. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

     

    " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

    (DATUK SAMSUDIN BIN OSMAN)
    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
    Malaysia.

    JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
    MALAYSIA
    KUALA LUMPUR

    27 April 1999

    Semua Ketua Setiausaha Kementerian
    Semua Ketua Jabatan Persekutuan
    Semua Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri
    Semua Pihak Berkuasa Berkanun
    Semua Pihak Berkuasa Tempatan