KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
 


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 1999

PEMBATALAN PENGURANGAN IMBUHAN TETAP KERAIAN DAN
IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM
 
 

TUJUAN

1.     Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan membatalkan arahan pengurangan Imbuhan Tetap Keraian (ITK), Imbuhan  Tetap Khidmat Awam (ITKA), Elaun Keraian (EK), dan Elaun Khidmat Awam (EKA) sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 1997.
 

LATAR BELAKANG

2.     Selaras dengan keputusan Kerajaan sebagaimana dijelaskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1999, maka arahan pengurangan ITK, ITKA, EK atau EKA bagi anggota Perkhidmatan Awam ditarik balik.
 

PELAKSANAAN

3.     Ketua Jabatan hendaklah membayar semula kadar ITK atau ITKA, mana yang berkenaan atas kadar yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1996.

4.     Bagi anggota dibawah skim perkhidmatan Jawatankuasa Kabinet, Ketua Jabatan hendaklah membayar EK dan EKA, mana yang berkenaan atas kadar yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1988 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1990.
 

TARIKH KUATKUASA

5.     Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 1999.
 

PEMAKAIAN

6.     Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
 

PEMBATALAN

7.     Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 1997 adalah dibatalkan.
 
 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

 

( TAN SRI DATO’ SAMSUDIN BIN OSMAN )

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
KUALA LUMPUR

SEPTEMBER 1999

 

 

Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Semua Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri

Semua Pihak Berkuasa Berkanun

Semua Pihak Berkuasa Tempatan